Alam Sekitar

Gegaran menggegarkan bangunan kerajaan Sabah

KOTA KINABALU: Ratusan kakitangan pelbagai agensi kerajaan di Wisma Dang Bandang bergegas keluar dari premis itu selepas gegaran menggegarkan bangunan tengah hari tadi.

Gegaran itu dilaporkan berlaku kira-kira jam 3.30 petang, menyebabkan semua pekerja terbabit segera mengosongkan bangunan itu.

Difahamkan, gegaran itu turut menyebabkan siling di bilik mesyuarat di tingkat 11 runtuh.

Agensi kerajaan yang ditempatkan di bangunan itu termasuk Jabatan Penerangan, Jabatan Meteorologi, Agensi Antidadah Kebangsaan dan Jabatan Imigresen.

Tiada kecederaan atau kematian dilaporkan dalam kejadian itu setakat ini.

Jurucakap pusat operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah berkata, pihaknya menerima makluman berhubung kejadian itu pada jam 3.32 petang.

Susulan itu, orang ramai diarah berkumpul di tempat selamat di perkarangan bangunan berkenaan sambil kerja pemantauan dijalankan.

“Menurut laporan yang diterima, terdapat dua gegaran selang beberapa saat.

“Kami dimaklumkan gegaran pertama lebih kuat berbanding gegaran kedua,” katanya.

 

(Visited 309 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button