Luar Negara

Pertempuran di Khartoum saksikan angka kematian meningkat hampir 100 orang

Pertempuran di ibu negara Sudan, Khartoum yang memasuki hari ketiga menyaksikan angka kematian meningkat kepada 97 orang, menurut kesatuan doktor Sudan dalam satu kenyataan awal Isnin, lapor Xinhua.

Beratus-ratus orang awam cedera dalam keganasan itu, tambah kenyataan itu.

Situasi tegang di Sudan mencetuskan kebimbangan meluas dalam masyarakat antarabangsa, dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Kesatuan Afrika, Liga Arab dan organisasi antarabangsa lain menggesa gencatan senjata segera oleh kedua-dua pihak.

Pertempuran ganas meletus pada Sabtu antara Angkatan Bersenjata Sudan (SAF) dan Pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) di Khartoum dan bandar-bandar lain, dengan kedua-dua pihak menuduh satu sama lain sehingga mencetuskan konflik.

Ketegangan antara kedua-dua pasukan tentera itu semakin memuncak sejak Rabu di wilayah Merowe di utara Sudan, selepas RSF membawa kenderaan tentera ke lokasi berhampiran pangkalan udara tentera di sana yang dianggap tidak sah oleh tentera.

Perbezaan pendapat berlaku antara tentera Sudan dan RSF, terutama mengenai integrasi kedua-duanya ke dalam tentera seperti yang ditetapkan dalam perjanjian rangka kerja yang ditandatangani antara pemimpin tentera dan awam pada 5 Dis 2022.

(Visited 79 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button