fbpx
Luar Negara

PRU Singapura: Kawasan pilihan raya GRC Pantai Timur unik

SATU daripada kawasan pilihan raya perwakilan kumpulan pada Pilihan Raya Umum (PRU)  Singapura yang dijadual pada Jumaat ini adalah unik daripada beberapa aspek.

Dikenali sebagai Kawasan Perwakilan Kumpulan (GRC) Pantai Timur, ia akan menyaksikan penolong setiausaha agung pertama Parti Tindakan Rakyat (PAP), Heng Swee Keat mengetuai pasukan untuk mempertahankan kawasan itu dalam pertandingan satu lawan satu dengan Parti Pekerja.

heng swee keat - BERITA MediaCorp

Lebih menarik, Swee Keat disebut-sebut bakal menjadi perdana menteri Singapura akan datang selepas Lee Hsien Loong  berundur.

BERNAMA melaporkan, GRC Pantai Timur adalah kawasan pilihan raya paling besar; dari segi keluasan, antara 31 kawasan pilihan raya pada PRU akan datang.


Penting juga untuk diberi perhatian bahawa kawasan itu, seperti diumumkan pada 1 Februari 2019, dalam laman sesawang Jabatan Pilihan Raya (ELD) republik itu, termasuk sekurang-kurangnya lima pulau di perairan pantai timur Singapura – iaitu Pulau Ketam, Pulau Ubin, Pulau Sekudu, Pulau Tekong dan Pedra Branca (dikenali sebagai Pulau Batu Puteh di Malaysia).

Rakyat Singapura, begitu juga rakyat Malaysia, bukannya asing dengan Pedra Branca atau Pulau Batu Puteh seluas 8,560 meter persegiyang terletak 44 kilometer (km) dari pulau utama Singapura.

Lee Hsien Loong

Ia merupakan satu daripada pulau yang pernah menjadi rebutan antara Singapura dan Malaysia.

Pada Mei 2008, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memutuskan Singapura mempunyai kedaulatan ke atas Pedra Branca/Pulau Batu Puteh.

Dan Malaysia mempunyai kedaulatan ke atas Middle Rocks/Batuan Tengah dan kedaulatan ke atas South Ledge/Tubir Selatan menjadi milik Negara yang menguasai perairan yang pulau itu terletak.

Sekarang, mari kita kembali semula kepada GRC Pantai Timur. Ia diwujudkan pada 1997 sebagai kawasan pilihan raya enam ahli, dikurangkan kepada GRC lima ahli  pada PRU 2006 dan 2011 dan kepada GRC empat ahli pada PRU lepas, pada  2015.

Semakan terkini menyaksikan ia kembali semula sebagai  GRC lima ahli dengan mempunyai 121,772 pemilih berdaftar, meningkat daripada 99,118 pada 2015.

Laman sesawang ELD menyatakan kumpulan bertanding sebagai GRC mungkin dianggotai antara tiga hingga enam individu.

Bagi PRU kali ini, terdapat 17 GRC iaitu enam GRC empat ahli dan 11 GRC lima ahli.

Pemilih berdaftar di sesebuah kawasan GRC akan mengundi sekumpulan individu untuk menjadi Ahli Parlimen (MP) bagi mewakili mereka, yang semestinya daripada parti politik yang sama atau semuanya wakil Bebas.

Sistem GRC Singapura dilaksanakan pada 1988 bagi memastikan komuniti kaum minoriti di Singapura akan sentiasa diwakili di Parlimen.

APAKAH MISTERI DI SEBALIK TUNTUTAN PULAU BATU PUTIH? – Editor Malaysia

Sekurang-kurangnya seorang MP dalam perwakilan kumpulan GRC mesti daripada komuniti kaum minoriti, sama ada Melayu, India atau komuniti minoriti yang lain.

GRC Pantai Timur adalah antara 11 GRC, dengan sekurang-kurang seorang ahli daripada komuniti Melayu manakala enam lagi GRC akan mempunyai sekurang-kurangnya seorang ahli daripada komuniti India atau komuniti minoriti yang lain.

Dr. Maliki Osman

Menteri Kanan bagi Pertahanan dan Luar Negara kerajaan sementara, Dr. Maliki Osman adalah antara rakan seperjuangan Swee Keat dalam pertandingan di GRC Pantai Timur.

Kawasan pilihan raya terbesar dari segi populasi adalah GRC Ang Mo Kio dengan lima ahli  yang mempunyai 85,465 pengundi manakala perdana menteri kerajaan sementara dan setiausaha agung PAP, Hsien Loong mengetuai PAP.

Akta Pilihan Raya Parlimen Singapura mensyaratkan sekurang-kurangnya satu perempat daripada jumlah MP (Anggota Parlimen) perlu terdiri daripada perwakilan GRC.

Dan perlu ada sekurang-kurangnya lapan SMC (Kawasan Pilihan Raya Perwakilan Tunggal) dalam mana-mana pilihan raya. Dalam PRU kali ini terdapat 14 SMC.

Setakat 15 April 2020, terdapat 2,653,942 pengundi dalam Senarai Daftar Pemilih. Pengundian ditetapkan pada Jumaat.- BERNAMA

Show More

Related Articles

Back to top button