Nasional

Dong Zong berani kerana tongkang Melayu pecah

PESEKUTUAN Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) berani bertindak membantah pelaksanaan tulisan jawi kerana Melayu berpecah.

Pengerusi Yayasan Budi, Tan Sri Dr Rais Yatim berkata, dahulu ketika Melayu kuat sudah tentu mereka tidak berani bertindak demikian.

“Tentang skrip jawi ini, kepa;a-kepala Dong Zong tengok Melayu dah pecak tongkang. Sebab itu mereka berani lanyak.

“Masa kita kuat dalu mereka berani buat begini tak? Tidak. Kini kita sudah tinggal gusi saja, sebab itu mereka kasi jagung keras.

“Macam mana kuat gigit pun sudah tidak lut. jadi, Bersatu,” katanya dalam ciapan di twitternya.

Dr Rais, turut mengucapkan tahniah kepada kerajaan negeri Pahang kerana mula menegakkan pembudayaan Jawi dalam kalangan Pihak Berkuasa Tempatan.

“Kenapa takut guna skrip Jawi di Semenanjung Tanah Melayu? Negeri-negeri lain ayuh turut sama. Bersatu bertambah mutu,” katanya.

Katanya, isu Jawi menampakkan kelemahan dalam menegakkan yang hakiki.

Isu Jawi katanya, bukan lagi isu politik, tetapi isu kenegaraan yg melibatkan hak Raja dan bangsa Melayu khasnya dan Malaysia amnya.

“Raja dalam hal ini boleh berperanan positif. Takkan badan bukan kerajaan macam Dong Zong menghitamputihkan tamadun kita,” katanya.

(Visited 213 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button