Luar Negara

Rakyat Malaysia Bebas Berjalan Tanpa Pelitup Mula Bermula 1 April Ini

Baru-baru ini Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong mengumumkan negara tersebut sudah melonggarkan beberapa sekatan dalam berdepan pandemik Covid-19.

Antara sekatan yang dilonggarkan adalah orang ramai yang berada di Singapura sudah boleh berjalan tanpa memakai pelitup muka lagi bermula 29 Mac ini.

Lebih mengujakan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Ismail Sabri Yaakob turut mengumumkan pembukaan semula sempadan darat kedua-dua negara berkuat kuasa 1 April ini.

Maka rakyat Malaysia yang ingin ke Singapura atau sememangnya sudah ada di Singapura bebas untuk berjalan di negara tersebut tanpa memakai lagi pelitup muka.

Rakyat Malaysia yang lengkap vaksinasi juga dibenarkan untuk merentas sempadan darat ke Singapura tanpa perlu menjalani kuarantin atau melaksanakan ujian saringan COVID-19, termasuk ujian prapelepasan dan semasa ketibaan.

Namun demikian warga Singapura yang masuk ke Malaysia tetap perlu memakai pelitup muka sekiranya ingin berjalan-jalan dalam negara ini.

(Visited 2,859 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button