Nasional

Pertahankan adat istiadat warisan berzaman – Raja Muda Perlis

Usaha untuk memelihara dan mempertahankan adat istiadat Melayu yang diwarisi zaman berzaman harus diberikan perhatian oleh semua lapisan masyarakat ke arah mengekalkan jati diri dan identiti bangsa.

Masyarakat harus sedar akan kedudukan adat istiadat yang positif adalah ibarat ‘pagar’ yang memelihara ketinggian perintah agama.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat merasmikan ‘Projek Peningkatan Sosio-Ekonomi Asnaf MAIPs’ yang diusahakan oleh ‘Tukang Kayu’ Surimi Hassan, 47 tahun (No Tel : 019-8507396) di Kampung Baru Syed Omar, Kangar.

Hadir sama ialah Penasihat Undang-Undang Negeri, Mohd Radhi Abas.

Tuanku Syed Faizuddin Putra menekankan bahawa adat positif yang menjadi resam masyarakat seperti cara berbusana, sajian, makanan, menyambut tetamu dan sebagainya amat berkait rapat dengan kehidupan seharian dan ia perlu dipertahan agar tidak sekali-kali ditelan zaman.

Surimi pernah mendapat sumbangan MAIPs untuk membeli mesin-mesin pemotong kayu sebanyak dua kali yang bernilai RM8,073 dan RM4,964 sebelum ini bagi mengusahakan pelbagai produk berasaskan kayu termasuk pertukangan halus seni hulu keris Melayu. Beliau juga berkeupayaan membuat perabut rumah seperti katil, meja serta kerusi, tongkat, batang cangkul, pendayung dan barang-barang cenderamata.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor yang turut mengiringi baginda menambah bahawa pihak MAIPs amat melalui Jawatankuasa Adat Istiadat Melayunya yang dipengerusikan sendiri oleh Tuanku Raja Muda amat komited untuk memelihara identiti masyarakat Melayu Perlis dan sedang berusaha mengetengahkan beberapa segmen berkaitan adat agar kekal diwarisi oleh masyarakat.

“Antara yang sedang dalam perancangan MAIPs adalah untuk mengetengahkan busana Melayu seperti pemakaian hulu keris ‘Pekaka Perlis’ yang sering digunakan oleh masyarakat Melayu Perlis,” jelas beliau. – SM

(Visited 621 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button