KebakaranNasional

20 rumah setinggan hangus dalam kebakaran

KIRA-KIRA 20 rumah setinggan yang terletak berhampiran Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hwa, Kolombong, Kota Kinabalu, Sabah, musnah dalam kebakaran pada awal pagi tadi.

Dalam kejadian pada pukul 4 pagi itu, tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Bagaimanapun seorang lelaki dilaporkan mengalami sesak nafas.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.10 pagi tadi.

Katanya, sepasukan 28 anggota dan pegawai bersama tiga jentera serta van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Penampang dan Kota Kinabalu dikerah ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kebakaran didapati membabitkan rumah setinggan berkeluasan 5,574 meter persegi.

“Operasi pemadaman segera dijalankan bagi mengawal api daripada terus merebak ke sebahagian besar lagi rumah setinggan berhampiran,” katanya.

Menurutnya lagi, seorang mangsa yang dilaporkan mengalami sesak nafas diberikan rawatan awal oleh pasukan EMRS sebelum dihantar ke hospital menggunakan jentera EMRS.

“Operasi berjaya dikawal pada 5.05 pagi dan usaha memadamkan api kebakaran masih giat dijalankan,” katanya seperti mana dilaporkan Harian Metro. – SM

(Visited 191 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button