fbpx
Nasional

Azhar `NASA’ usah mengalah, jadikan Jack Ma inspirasi hidup

TAK perlu kecoh-kecoh. Kata macam-macam, perli, tempelak dan sebagainya.

Bagilah ruang dan semangat sedikit untuk anak muda ini bernafas terus berjuang dalam hidupnya.

Kesilapan penuntut Malaysia berumur 20 tahun ini, Azhar Ali adalah dia terpedaya setelah menyedari e-mel yang diterimanya adalah suatu penipuan.

Justeru berita pasal biasiswa daripada National Aeronautics and Space Administration (NASA) di Amerika Syarikat yang diterimanya adalah palsu.

Azhar jangan mengalah. Banyak kisah inspirasi orang yang bukan sahaja berjaya dalam hidup, malah meraih pengiktirafan dunia.


Setakat ditipu scammer, itu bukan titik noktah kepada orang muda, apa lagi yang berpelajaran seperti Azhar.

Ambil contoh Jack Ma. Hidupnya susah, keluarga miskin. Gagal dua kali dalam peperiksaan nak masuk kolej. Cuma lulus selepas percubaan ketiga untuk jadi guru.

Tak ada orang nak ambil beliau bekerja. Jack Ma pergi banyak temuduga. Lebih 30 selepas tamat pengajian. Tetapi kena reject banyak kali. Nak jadi polis, mereka cakap beliau tak layak.

Paling sedih bila KFC nak buka di China dan mereka buat temuduga walk-in/terbuka.

Seramai 24 orang turun ke temuduga tersebut, dengan 23 orang dapat kerja di KFC kecuali Jack Ma. KFC pun tak mahu ambil beliau sebagai pekerja.

Pernah gagal dalam dua kali perniagaan lain sebelum AliBaba.

Tanpa sebarang pengalaman atau pendidikan akademik dalam bidang komputer dan perisian, beliau buka syarikat AliBaba pada 1998. AliBaba rugi selama tiga tahun tanpa sebarang keuntungan.

Ini tidak mematahkan semangat Jack Ma. Beliau kemudian mencipta program untuk proses bayaran bernama AliPay.

Banyak pula yang dengki. Ramai rakan dan pelanggan Jack Ma komen: “Ini idea paling bangang dalam semua idea kau”.

Hari ini, Alipay ada 800 juta pengguna. Kalau beliau dengar pendapat klien atau rakan beliau, pasti dah berkubur program AliPay.

Hajat beliau membuka Alibaba adalah untuk membolehkan peniaga PKS di China menjual barangan mereka di platform global. Sehingga hari ini fokus beliau masih sama.

Kini, beliau orang yang paling kaya di China, dengan nilai USD20 Bilion. IPO Alibaba merupakan IPO terbesar di dunia, dibuka di NewYork Stock Exchange (NYSE). Platform Alibaba digunakan oleh lebih 100 juta orang setiap hari.

Jadikan Jack Ma contoh duhai Azhar. Setakat netizen nak `balun’, tempelak atau sinis anda, pedulikan sahaja.

Jadikan pengalaman ngeri ini, titik tolak penting untuk melonjakkan diri dalam kehidupan. – SM

(Visited 1 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button