Belang Bertempat

Perlukah ‘Himpunan hentikan penganiayaan terhadap Najib Razak’

AGAK pelik bin ajaib apabila terbaca Pengerusi Persatuan Sahabat Ulul Amri Malaysia (PSUAM) akan mengadakan Himpunan Aman menghentikan penganiyaan terhadap Najib Razak pada 23 Januari, Ahad ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur.

Mereka juga membuat tuduhan bahawa Najib Razak telah dianiaya, dizalimi, ditindas, dikasari, dikejami serta dinafikan hak dan keadilan bagi tujuan pembelaan kes-kes beliau di Mahkamah Tinggi dan di Mahkamah Rayuan.

Himpunan ini mengambarkan kepada seluruh rakyat Malaysia seolah-olah Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan telah tidak memberi Najib Razak peluang yang seluas-luasnya untuk membela diri.

Ini juga seolah-olah memberikan gambaran Mahkamah serta Institusi Kehakiman mengambil keputusan ataupun judgement berdasarkan kepada fitnah dan political prosecution (pertuduhan politik).

Bukannya berdasarkan kepada bukti serta fakta-fakta yang dibawa ke Mahkamah dan Hakim yang membicarakan kes tersebut.

Memandangkan ini adalah kali pertama dalam sejarah negara seorang bekas Perdana Menteri berhadapan dengan tuduhan jenayah pecah amanah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram, perdebatan diluar Mahkamah memberikan gambaran seolah-olah Mahkamah dan Hakim tersilap dalam menjatuhkan hukuman bersalah kepada Najib Razak.

Terasa amat kesal kerana semua mengetahui bahawa Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan ini telah menjalankan tanggungjawab mereka secara profesional, jujur dan telus.

Tambahan pula, adalah tidak adil kerana Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan ini tidak boleh menjawab di media social apabila tuduhan-tuduhan seumpama ini dilemparkan kepada mereka.

Seperkara lagi yang penting dan perlu dijelaskan ialah:

(i). Kes 1MDB dengan Kes SRC International adalah dua kes yang berbeza melibatkan pertuduhan-pertuduhan yang berbeza.

(ii). Tan Sri Nor Mohamad Yakcop tidak mensyorkan penubuhan Syarikat SRC International.

(iii). Tan Sri Nor Mohamad tidak membawa Kertas Kabinet pertama Gurantee Kerajaan untuk SRC International – Loan RM2 bilion pertama dari KWAP. Kertas Kabinet pertama dibawa oleh Najib Razak selaku Menteri Kewangan dan Perdana Menteri ketika itu.

(iv). Pendedahan mengenai tuduhan bahawa suami Tan Sri Zeti Aziz iaitu Datuk Tawfik Ayman terlibat dengan penerimaan wang dari 1MDB, ini tiada sebarang kaitan dengan pertuduhan-pertuduhan dalam Kes SRC International.

Perkara ini melibatkan Kes 1MDB. Dua kes yang amat berbeza.

Syarikat SRC Sdn. Bhd. ditubuhkan pada 7 Januari 2011 dengan dua pemegang saham iaitu Nik Faisal Ariff Kami yang kemudiannya menjadi CEO pertama dan Pengarah SRC.

Ketika penubuhan SRC, Nik Faisal adalah Chief Investment Officer kepada 1MDB.

Kes SRC International ini bermula apabila SRC mengemukakan permohonan melalui sepucuk surat dari Shahrol Azral Helmi pada 24.8.2010 kepada Najib Razak selaku Menteri Kewangan dan Perdana Menteri untuk mendapatkan grant (bukan pinjaman) daripada Kerajaan berjumlah RM3 bilion.

Tujuan permohonan grant ini adalah untuk :

Set up SRC as a strategic resource vehicle to maintain strategic stakes in key resources such as coal, alumina, uranium and iron as well as oil and gas.

Najib Razak telah menulis satu minit kepada Tan Sri Nor Yakcop selaku Menteri di JPM (EPU) untuk meneliti cadangan tersebut serta memberi cadangan balas.

Nor Yakcop setelah meneliti permohonan tersebut mencadangkan agar permohonan tersebut ditolak.

Sebaliknya menawarkan grant sebanyak RM20 juta kepada SRC tetapi tidak di terima oleh SRC.

SRC kemudiannya diletakkan di bawah MOF Inc. SRC sekali lagi memohon kepada Najib Razak melalui sepucuk surat (pada 3.6.2011) yang ditandatangan oleh Nik Faisal (Pengarah SRC) untuk mendapatkan pinjaman (loan) daripada Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP-Duit Rakyat) sebanyak RM3.95 bilion.

Najib Razak pada 5.6.2011 menulis satu minit kepada Datuk Azian Mohd. Noh (CEO KWAP) menyatakan persetujuan dengan cadangan SRC tersebut.

Minit tersebut telah diserahkan kepada Azian dengan tandatangan oleh Datuk Azlin Alias (KSUS kepada Perdana Menteri) berkemungkinan bertujuan menunjukkan betapa pentingnya permohonan tersebut.

Akhirnya, KWAP bersetuju dengan loan RM4 bilion ini kepada SRC sekiranya Kerajaan memberikan gurantee terhadap Loan/ Pinjaman tersebut.

Oleh yang demikian, kerana itu adalah syarat daripada KWAP maka Najib Razak selaku PM dan Menteri Kewangan telah membawa satu Kertas Kabinet untuk Government Gurantee terhadap loan RM2 bilion pertama SRC terhadap pinjaman daripada KWAP.

Manakala Loan/ Pinjaman kedua sebanyak RM2 billion juga daripada KWAP, Government Guranteenya juga diluluskan oleh Kabinet yang dipengerusikan oleh Najib Razak.

Kehadiran dan penyertaan tertuduh Najib Razak dalam meluluskan kedua-dua Government Loan Gurantee untuk loan dari KWAP berjumlah RM4 bilion adalah merupakan:

-Asas paling penting dalam Pertuduhan Seksyen 23 MACCA

-Menggunakan kedudukan untuk mendapatkan sebarang imbuhan (the use of position for gratification).

Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan mendapati, We find the charge (pertuduhan) against the appellant (Najib Razak) for using his position (PM dan Menteri Kewangan) for gratification (imbuhan) has been proved beyond a reasonable doubt (tanpa keraguan yang munasabah).

Himpunan hentikan penganiyaan terhadap Najib Razak yang akan diadakan pada 23 Januari ini akan dilihat sebagai satu himpunan yang mencontohi Demostrasi Jalanan untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika Anwar didapati bersalah oleh Mahkamah dalam kes beliau.

Sesungguhnya ini bukanlah jalan yang terbaik untuk membela Najib Razak. Ia akan mencalarkan imej baik bekas Perdana Menteri ini.

Sebaik-baiknya, bekas PM Najib Razak berhadapan dengan pertuduhan-pertuduhan tersebut di Mahkamah Persekutuan.

Rayuan masih ada. Rayuan belum lagi selesai.

Kes-kes ini perlu dilawan di Mahkamah bukannya di jalanan. Ini adalah cara yang tidak betul, tidak manis dan tidak profesional.

Memalukan negara di mata dunia dan memalukan negara kepada pemimpin-pemimpin negara ASEAN dan jiran tetangga kita. – SM

(Visited 1,304 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Dato' Saiful Bahar

Penulis merupakan bekas Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (2008-2009), bekas Setiausaha Sulit Kanan kpd. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (2009-2013). Beliau juga bekas Penasihat Khas kpd. Menteri Peladangan dan Komoditi (2016-2018). Pernah bertugas dengan 3 Menteri dan seorang Timbalan Menteri serta telah berkhidmat di 8 Kementerian sepanjang 18 tahun di Putrajaya. Ketika ini, beliau merupakan Penganalisa Politik dan Polisi Kerajaan untuk Badan Bebas dan News Portal.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button