Belang Bertempat

PRN Johor: UMNO jangan terlalu yakin

SABTU lalu Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor baharu sahaja dibubarkan dan hari ini, beberapa pemimpin UMNO sudah menampakkan keyakinan parti itu akan menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) dengan 2 per 3 kerusi DUN.

Saya berpandangan, adalah agak terlalu awal untuk mendabik dada sebegitu.

Untuk makluman, walaupun Negeri Johor merupakan kubu kuat UMNO, ini adalah Negeri Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin menjadi Menteri Besar Johor pada 12 Ogos 1986 iaitu 36 tahun yang lalu sehinggalah pada 13 Mei 1995.

Jawatan itu disandang Muhyiddin selama sembilan tahun.

Muhyiddin sudah menjadi MB Johor di kala separuh daripada kita masih lagi belajar di universiti atau belum pun masuk universiti.

Jadi, perlulah tengok dahulu mood rakyat di bawah. Jangan yakin sangat-sangat.

Perlu tunggu dan lihat apakah strategi Muhyiddin, Pengerusi PN dan bekas Pengarah Pilihanraya Umum Barisan Nasional. – SM

(Visited 885 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Dato' Saiful Bahar

Penulis merupakan bekas Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (2008-2009), bekas Setiausaha Sulit Kanan kpd. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (2009-2013). Beliau juga bekas Penasihat Khas kpd. Menteri Peladangan dan Komoditi (2016-2018). Pernah bertugas dengan 3 Menteri dan seorang Timbalan Menteri serta telah berkhidmat di 8 Kementerian sepanjang 18 tahun di Putrajaya. Ketika ini, beliau merupakan Penganalisa Politik dan Polisi Kerajaan untuk Badan Bebas dan News Portal.

Related Articles

Back to top button