Belang BertempatNegeriPolitik

Untung Jadi Kroni, Dapat Jalan Kampung Baharu Dan Kawasan Rumah Terus Jadi ‘Kayangan’!

Salah satu usaha untuk memastikan seseorang pemimpin itu boleh menang besar, peganglah kepala akar umbinya atau pun lebih tepat lagi, kroni.

Hal ini demikian kerana jika kroni boleh dipegang serta dibelai nafsunya, kroni akan memainkan peranan yang cukup hebat semasa berkempen.

Keadaan ini sama seperti yang berlaku di Bagan Pinang, Port Dickson apabila para kroni satu parti itu diberi keistimewaan infrastruktur.

Keistimewaan infrastruktur yang dimaksudkan adalah para kroni yang dimaksudkan menerima jalan kampung baharu di sekitar rumah masing-masing.

Manakala orang kampung yang bukan penyokong parti itu atau pun bukan orang kuat kroni kepada parti tersebut, cuma boleh ternganga.

Ternganga kerana apa kewajaran pemimpin di Port Dickson itu menghadiahkan jalan baharu dan daripada mana sumber bajet yang digunakan?

Jika datang daripada duit rakyat, sudah pastilah orang Bagan Pinang marah kerana sepatutnya semua jalan kampung harus dinaik taraf.

Tetapi sebaliknya yang berlaku dan menurut portal Suara Anak Negeri, ada yang persoalkan benarkah keadaan jadi begitu kerana ada individu kayangan di kampung itu?

Atau mungkin ada seseorang berstatus VIP dan jalan baharu itu dibina untuk kesenangan individu tertentu?

Persoalan-persoalan sebegini hanya boleh terjawab jika warga Bagan Pinang bertanya terus kepada  Pejabat Daerah atau Pejabat Ahli Parlimen Port Dickson.

Sekurang-kurangnya boleh dapatkan jawapan dan tidak lagi berteka-teki selain terus menutup cerita, memang kroni dapat hak keistimewaan!

Sumber: Suara Anak Negeri

(Visited 543 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button