Nasional

Siasatan kes 1MDB libatkan Datuk Dr Tawfiq Ayman masih berjalan

POLIS mengesahkan masih menjalankan siasatan terhadap Datuk Dr Tawfiq Ayman melibatkan kes penerimaan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Datuk Zainuddin Yaacob berkata, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

“Siasatan kes berhubung penerimaan dana yang dikaitkan dengan 1MDB dalam akaun bank miliknya di Singapura.

“Memandangkan siasatan kes ini melibatkan keterangan di Malaysia dan luar negara, kita sedang mengambil tindakan susulan di bawah Akta Bantuan Bersama Dalam Perkara Jenayah 2002 bagi mendapatkan keterangan yang berada di luar negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Zainuddin, pihaknya ingin menasihatkan masyrakat untuk tidak membuat sebarang kenyataan atau spekulasi melalui mana-mana platform hingga siasatan selesai.

Untuk rekod, Tawfiq adalah suami kepada Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB) Tan Sri Dr Zeti Aziz, yang juga bekas Gabenor Bank Negara. -SM

(Visited 229 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button