Nasional

Perlu lebih kreatif, inovatif untuk harungi 2021 – Raja Muda Perlis

Rakyat Perlis perlu membuka minda serta berfikiran lebih kreatif dan inovatif bagi mengharungi tahun 2021 yang lebih mencabar ini.

Pastinya besar harapan rakyat mahu melihat kes Covid-19 yang menular ini berakhir, ekonomi kembali pulih dan peluang pekerjaan bertambah baik.

Sebahagian besar kegiatan ekonomi negeri ini boleh dipulihkan jika semua sektor mengubahsuai dalam masa yang sama mematuhi SOP pasca PKP 2.0 ini. Malah, tindakan kerajaan melonggarkan kawalan pergerakan dijangka dapat memacu semula aktiviti ekonomi domestik tetapi perlulah dengan kelaziman baharu.

Juga, perlu diimbangi risiko perkembangan ekonomi terhadap penularan Covid-19 kerana kegagalan dalam melaksanakan kelaziman baharu dan pematuhan SOP ini dengan lebih ketat serta penuh berdisplin telah menyebabkan kejadian kluster Covid-19 di beberapa sektor ekonomi di beberapa tempat lain.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menyempurnakan penyerahan sumbangan agihan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) kepada 25 warga asnaf terpilih dari kalangan anak kariah Kampung Seberang Ramai yang diadakan di Masjid Saidina Abu Bakar Al-Siddiq Kuala Perlis.

Turut mengiringi baginda ialah Mufti Perlis, Datuk Arif Perkasa Dr. Mohd Asri Zainul Abidin dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor.

Tuanku Raja Muda yang juga merangkap Tuanku Yang DiPertua MAIPs turut berharap semoga ekonomi negeri Perlis cepat bangkit dan dalam masa yang sama kes jangkitan Covid-19 dapat sama-sama dikekang.

(Visited 270 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button