JenayahNasionalNegeri

Warga emas ditahan polis tembak rakan disangka monyet

POLIS menahan seorang lelaki warga emas selepas dia secara tidak sengaja, menembak rakannya yang disangka monyet mencuri buah manggis dalam satu kejadian di Kerteh, Terengganu, semalam.

Menurut laporan Harian Metro hari ini, dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, mangsa yang berusia 54 tahun cedera di bahagian tangan akibat terkena peluru yang dilepaskan oleh rakannya yang menjadi suspek dalam kejadian itu.

Ketua Polis Kemaman, ACP Hanyan Ramlan berkata, ketika kejadian, mangsa dikatakan memanjat pokok manggis di kebun miliknya.

Hanyan berkata, pada masa sama, rakannya yang berusia 69 tahun yang membawa senapang patah, turut berada di kebun tersebut.

“Apabila melihat keadaan pokok yang bergoyang, suspek menyangka ada sekawan monyet di atas pokok itu dan melepaskan tembakan.

“Menyedari rakannya terkena tembakan, mangsa kemudiannya dibawa ke Unit Kecemasan Hospital Kemaman untuk menerima rawatan,” katanya.

Beliau berkata, mangsa yang mengalami kecederaan di bahagian tangan dibenarkan pulang pada hari yang sama selepas menerima rawatan.

“Susulan kejadian itu, polis menahan suspek dan merampas senapang patah yang digunakan dalam kejadian itu untuk tindakan lanjut.

“Semakan mendapati suspek tidak mempunyai permit serta lesen memiliki senjata api dan polis sedang mengenal pasti pemilik sebenar senapang patah terbabit,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 8 dan Seksyen 37 Akta Senjata Api 1990. – SM

BACA Warga emas ditahan bersama rokok, minuman keras seludup bernilai RM46,000

BACA Wanita warga emas cedera digigit buaya sewaktu menangkap udang galah

(Visited 121 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button