Nasional

Kancil kuning tular dan undang simpati masyarakat dah kena tahan

BARU-BARU ini tular sebuah kereta jenis Perodua Kancil yang berada dalam keadaan sangat teruk namun masih lagi dipandu seorang lelaki.
Kereta tersebut juga tular di laman sosial kerana keadaannya yang terlalu uzur sehingga ada yang memberi perkhidmatan percuma seperti menukar bateri dan tayar baharu.
Namun, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur (JSPT KL) dalam satu kenyataan memberitahu bahawa kereta kancil tiada bumbung itu talah pun ditahan awal pagi tadi.
“Kereta Kancil itu telah ditahan dan pihak JSPT KL yang diketuai Pegawai Turus Penguatkuasa JSPT KL, Deputi Superintenden Mohd Fazli Mohd. Yatim juga telah membuat pemeriksaan ke atas kereta tersebut.
“Hasil pemeriksaaan mendapati pemandu tidak mempunya lesen memandu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya, kereta tersebut juga tidak mempunyai cukai jalan, tidak mempunyai bumbung dan tayar hadapan sebelah kanan telah pecah.
Kereta Kancil Kuning, tidak mempunyai cukai jalan, tidak mepunyai bumbung dan tayar kereta hadapan sebelah kanan pecah.
Dalam pada itu, polis turut menahan sebuah lagi kereta Perodua Kancil kerana tidak mempunyai nombor pendaftaran dan cermin pecah dibahagian pintu belakang sebelah kiri.
Tambahnya, kedua dua kereta tersebut ditahan dibawah Sesyen 64 APJ 1987 kerana tidak layak berada di atas jalan raya dan membahayakan kepada pengguna yangg lain.
(Visited 1,687 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button