Jenayah

55 Individu Dikompaun Sertai ‘Private Party’

KUALA LUMPUR – Seramai 55 individu dikenakan kompaun RM1,000 setiap seorang kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Taman Tun Dr Ismail di sini, pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, pihaknya melaksanakan serbuan di sebuah premis rumah kedai berkenaan pada jam 10.50 malam.

“Premis tersebut disyaki menganjurkan ‘private party’. Kehadiran pengunjung yang ramai dilihat sedang berhibur sambil minum arak hingga menyukarkan penjarakan fizikal,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Amihizam berkata, pihaknya menahan dua pekerja dan 33 warga asing dari 21 negara selepas menjalankan pemeriksaan terhadap tiga pekerja lelaki dan 85 pengunjung termasuk 38 wanita.

“Kami juga merampas satu unit pembesar suara, mikrofon dan sebuah ‘mixing console’,” katanya.

Amihizam memaklumkan, kes disiasat mengikut Seksyen 4 Akta Hiburan, Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (APPPB)1988, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 17 Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPPB) (Pindaan) 2021.

(Visited 221 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button