Luar Negara

Penyeludup dadah paling ditakuti di Colombia ditangkap

Penyeludup dadah paling dikehendaki dan individu yang paling ditakuti di Colombia, Otoniel akhirnya berjaya ditangkap dalam serbuan berhampiran sempadan Panama.

Penahanan Otoniel dianggap sebagai kejayaan besar dan boleh dibandingkan dengan kejatuhan raja penyeludup dadah Colombia, Pablo Escobar.

Otoniel atau nama sebenarnya, Dairo Antonio Usuga yang mengetuai kumpulan penyeludup dadah terbesar dikenali Gulf Clan.

Penjenayah nombor satu di Colombia ditahan di sebuah pusat operasi utamanya di Necocli.

Amerika Syarikat (AS) sebelum ini menawarkan ganjaran AS$5 juta (RM20.75 juta) kepada mana-mana pemberi maklumat untuk menahan Otoniel.

“Ini adalah serbuan paling sukar dan berjaya dalam menumpaskan sindiket penyeludupan dadah pada abad ini,” kata Presiden Colombia, Ivan Duque.

Biarpun Otoniel mengumumkan bahawa dia berhasrat mengadakan perjanjian untuk akur kepada sistem keadilan Colombia pada 2017, kerajaan bagaimanapun mengerahkan 1,000 tentera untuk memburunya.

Baru-baru ini, kumpulan sindiketnya ditumpaskan pihak berkuasa sehingga memaksa Otoniel bersembunyi dalam hutan tanpa sebarang komunikasi.

Otoniel mengambil alih Gulf Clan yang sebelum ini dikenali Usuga Clan daripada abangnya, Juan de Dios yang terbunuh dalam operasi polis pada 2012. -SM

(Visited 329 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button