Luar Negara

Penyelidik Jerman biak babi untuk pemindahan jantung manusia

PARA saintis Jerman merancang untuk membuat klon dan kemudian membiak babi yang diubah suai secara genetik pada tahun ini untuk dijadikan sebagai penderma jantung kepada manusia, berdasarkan versi ringkas haiwan kejuruteraan Amerika Syarikat (AS) yang pernah digunakan bulan lalu dalam pemindahan jantung babi ke manusia pertama di dunia.

Seorang saintis di Universiti Ludwig-Maximilians (LMU) di Munich, Eckhard Wolf berkata, pasukannya berhasrat untuk membuat spesis baharu, yang diubah suai daripada baka ‘Auckland Island’.

Haiwan itu akan bersedia untuk ujian pemindahan pada tahun 2025.

Dalam pembedahan pertama seumpamanya, satu pasukan di University of Maryland Medicine, pada bulan lalu memindahkan jantung daripada seekor babi dengan 10 modifikasi kepada seorang pesakit lelaki yang tenat.

Doktornya mengatakan bahawa pesakit bertindak balas dengan baik, walaupun risiko jangkitan, penolakan organ atau tekanan darah tinggi tetap ada.

“Konsep kami adalah untuk meneruskan model yang lebih mudah, iaitu dengan lima modifikasi genetik,” kata Wolf.

Wolf telah meneliti pemindahan haiwan ke manusia yang dikenali sebagai xenotransplantation selama 20 tahun mengatakan bahawa pasukannya masih menggunakan teknologi pengklonan yang tidak cekap untuk menghasilkan ‘haiwan induk’, di mana generasi akan datang yang serupa genetiknya akan dibiakkan.

Dalam pada itu, Wolf berkata, generasi pertama itu sepatutnya dilahirkan tahun ini. Jantung mereka akan diuji pada babun terlebih dahulu sebelum pasukan mendapatkan kelulusan untuk ujian klinikal manusia dalam tempoh dua atau tiga tahun.

Menurut laporan Guardian, pemindahan organ digunakan untuk pesakit yang didiagnosis dengan kegagalan organ yang tidak mempunyai pilihan rawatan lain.

Senarai menunggu untuk pemindahan pada akhir tahun 2021 di Jerman berjumlah kira-kira 8,500 orang, menurut data daripada Yayasan Pemindahan Organ di negara itu.

Penyokong Wolf mengatakan bahawa penderma daripada haiwan boleh membantu memendekkan senarai itu manakala penentang pula mengatakan teknologi itu melanggar hak haiwan, secara efektif merendahkan babi kepada status ‘kilang organ’ sementara monyet yang digunakan dalam eksperimen pemindahan itu mati dalam kesakitan. – SM

(Visited 334 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button