Luar Negara

Dua maut, dua parah dalam insiden berbalas tembakan di Pattani

PERGOLAKAN di Selatan Thailand masih belum ada titik noktah. Semalam, dua termasuk seorang militan maut manakala dua renjer cedera parah dalam satu insiden berbalas tembakan di Daerah Panare, Pattani, Selatan Thailand.

Memetik laporan BERNAMA, Ketua Polis Pattani Mejar Jeneral Piyawat Chalermsi berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 2.00 petang (waktu tempatan), pihak berkuasa bertindak mengepung sebuah rumah di Kampung Rawo yang dipercayai menjadi tempat persembunyian anggota kumpulan militan.

Pemberontakan di Thailand Selatan - Wikipedia Bahasa Melayu ...

“Apabila pasukan keselamatan memasuki perkarangan kampung, mereka ditembak sekumpulan lelaki bersenjata.

“Insiden berbalas tembakan antara pasukan keselamatan dan kumpulan lelaki bersenjata menyebabkan seorang anggota militan dan seorang sukarelawan maut di tempat kejadian manakala dua renjer cedera parah,” kata Chalermsi.

Beliau menambah, kumpulan lelaki bersenjata itu meloloskan diri dan pihak berkuasa mempergiatkan usaha untuk menjejaki mereka.

Chalermsi berkata, siasatan awal mendapati anggota militan yang maut mempunyai dua waran tangkap iaitu pada tahun 2010 dan 2011. – SM

(Visited 172 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button