Nasional

Penunggang motor retak tempurung kepala dilanggar pemandu mabuk

SEORANG lelaki yang sedang menunggang motosikal untuk pulang ke rumah selepas pergi ke kedai runcit retak tempurung kepala dilanggar pemandu mabuk malam tadi.

Mangsa Bishamhadi Mohamad Hasbi, 41 dilanggar suspek berusia 63 tahun yang memandu kereta Iswara terbabas ke kiri jalan dan merempuh mangsa dari belakang di Jalan Raja Syed Saffi, Bintong, Kangar, Perlis.

“Suspek dari Kangar yang memandu dalam keadaan mabuk dikatakan ingin pulang ke rumahnya di Taman Bunga Padi.

“Bagaimanapun setibanya di hadapan pasar raya NFS AMG Trading, kereta suspek hilang kawalan dan terbabas ke kiri jalan sehingga merempuh mangsa yang ketika itu sedang menunggang motosikal dan turut merempuh sebuah lori di parkir di bahu jalan,” kata Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew kepada Berita Harian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.-SM

(Visited 221 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button