Nasionalpilihan

Pensyarah kanan ditahan SPRM, beri kontrak pada kakak, abang ipar

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya telah menahan seorang pensyarah kanan sebuah universiti awam kerana disyaki menyalahgunakuasa dalam pemberian kontrak bernilai kira-kira RM46,000 kepada kakak kandung dan abang iparnya.

Wanita bergelar doktor berusia lingkungan 40an itu ditahan kira-kira pukul 11 pagi semalam di Pejabat SPRM Putrajaya.

Difahamkan, kontrak tersebut ialah projek pembekalan barang pejabat dan pembelian serta penyelengaraan mesin jahit di sebuah jabatan di universiti berkenaan pada tahun 2015 sehingga 2017.

Bagaimanapun, suspek telah dibebaskan dengan jaminan SPRM setelah selesai diambil keterangan petang semalam.

Sementara itu, Pengarah SPRM Wilayah Persekutuan Putrajaya, Mohd Anuar Ismail ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut namun enggan mengulas lanjut. -SM

(Visited 256 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button