Alam SekitarKebakaranNasional

Stor sisa pukal di Kementerian Kewangan terbakar, netizen percaya ia angkara api!

Stor sisa pukal dan penyelenggaraan di blok utara, Level G Kementerian Kewangan (MOF) di sini dilaporkan terbakar, petang semalam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Putrajaya, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 2.34 petang sebelum tiga jentera dengan 23 anggota tiba di lokasi kejadian pada jam 2.41 petang.

Katanya, kebakaran disedari seorang kakitangan MOF yang berada di ruang parkir aras berkenaan.

“Kebakaran turut dikesan oleh Sistem Pepasangan Keselamatan Kebakaran (PKK) jenis ‘pengesan asap’ yang menyebabkan penggera berbunyi.

“Pasukan Tindakan Kecemasan (ERT) premis berkenaan berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke stor bersebelahan dengan menggunakan lapan unit Alat Pemadam Api jenis Debu Kering.

“Anggota dan jentera yang tiba kemudian meneruskan pemadaman hingga dipadamkan sepenuhnya pada jam 3.39 petang,” katanya.

Bomba berkata, kebakaran menyebabkan ruangan terbabit dipenuhi asap tebal dan pengudaraan menggunakan kipas ‘extractor’ dilakukan bagi mengeluarkan asap yang memenuhi ruangan stor itu.

“Pasukan melaksanakan tindakan ‘overhaul’ bagi memastikan tiada lagi sumber api yang mungkin wujud di tempat kejadian sebelum menamatkan operasi,” katanya.

Katanta, Bahagian Penyiasatan Kebakaran JBPM Putrajaya dan Unit Pengesan K9 turut digunakan bagi melaksanakan siasatan mengenal pasti sumber nyalaan yang menjadi punca kebakaran selain anggaran kerugian.

“Tiada mangsa terbabit dalam kejadian itu,” katanya.

(Visited 270 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button