Nasional

Raja Muda Perlis saran para pelajar tingkat ibadah tempoh PKPB

RAJA Muda Perlis menyarankan dalam empoh ‘direhatkan di rumah’ sepanjang penularan wabak Covid-19 yang melanda dunia pada ketika ini, adalah wajar bagi golongan pelajar Muslim memanfaatkan dengan semaksimum mungkin sebarang masa terluang melalui pengisian kerohanian seperti memelihara solat lima waktu, mengerjakan solat-solat sunat serta membaca al-Quran supaya jiwa lebih tenang dan sentiasa diberkati Allah.

Kesannya, kita dapat melahirkan pelajar yang seimbang dari segi fizikal, mental, emosi dan tingkah lakunya, Insya-Allah.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan menerima persembahan 100 naskah buku berjudul ‘Panduan Menghadapi Wabak Penyakit Taun : Corona Virus Covid-19’ di Galeri DiRaja Arau.

Buku tersebut adalah hasil karya tulisan Rektor Fatoni University di Yarang, Pattani, Thailand iaitu Prof. Madya Dr. Ismail Lutfi Japakiya dan ia diterbitkan oleh Persatuan Ulama’ Malaysia.

Hadir sama, Mufti Perlis, Datuk Arif Perkasa Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) Dr Hazman Hassan.

Tuanku Raja Muda Perlis juga menyarankan supaya apabila sekolah dibuka kembali pasca Covid-19 kelak, para pelajar hendaklah membulatkan tekad bermula dari sekarang lagi untuk mengamalkan nilai perpaduan di tahap yang paling tinggi dengan saling menghormati dan menghargai cara hidup, adat dan kepercayaan.

Bertolak ansur dan cubalah memahami kebudayaan kaum lain sebagai satu normal baharu kerana setiap hari mereka akan bertemu, berkomunikasi dan bergaul di sekolah. Sikap saling menghormati ini akan dapat mewujudkan perpaduan kaum dan melahirkan masyarakat majmuk yang harmoni, tegas Tuanku Syed Faizuddin Putra.

Sebelum ini baginda bertitah agar rakyat Perlis mengambil peluang ketika dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak Covid-19 ini untuk terus meningkatkan lagi aspek kebersihan kawasan rumah masing-masing ke arah merealisasikan hasrat menjadikan semua halaman rumah di Perlis sentiasa indah dipandang dan tersusun rapi.

Semua pihak sewajarnya tidak mensesiakan peluang terbaik ini dan amatlah tidak wajar sekiranya masih ada di kalangan mereka di yang tidak terlibat dengan penugasan di barisan hadapan secara langsung ataupun tidak langsung untuk tidak ambil peduli bagi meluangkan masa mencuci dan menyelenggara kawasan halaman rumah masing-masing dengan memotong rumput lalang, merapikan pokok, mencuci saluran air dan menyapu daun daun yang luruh.

Demikian titah harapan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalaullail selepas berkenan menerima persembahan buah tamar daripada pengurusan Primabumi Group di Galeri DiRaja Arau. – SM

(Visited 269 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button