Politik

27 MPT, BPN Bersatu sokong penubuhan Perikatan Nasional

SERAMAI 27 Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi dan Ketua Badan Pimpinan Negeri (BPN) Bersatu mengeluarkan kenyataan bersama menyokong sepenuhnya penubuhan Perikatan Nasional sebagai sebuah gabungan parti-parti politik dengan matlamat dan tujuan yang terkandung dalam Memorandum Persefahaman Perikatan Nasional.

Menurut mereka, persetujuan menyertai Perikatan Nasional adalah demi kesejahteraan rakyat dan kestabilan politik negara.

Kumpulan tersebut turut menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada kerajaan Perikatan Nasional di bawah kepimpinan Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin,

Dalam pada itu, kumpulan terbabit menegaskan mesyuarat MPT Bersatu pada 23 Februari telah membuat keputusan keluar dari Pakatan Harapan.

Menurut mereka, pada mesyuarat berekaan mereka bersetuju membentuk sebuah gabungan politik baharu dengan parti-parti lain di luar PH. Mereka mengegaskan keputusan berkenaan adalah jelas dan tidak perlu dipertikaikan lagi.

Kenyataan terbabit ditandatangani

1. Tan Sri Abdul Rashid Bin Abdul Rahman – Naib Presiden
2. Datuk Abdul Rashid Bin Asari – Naib Presiden (Ketua BPN Selangor)
3. Datuk Seri Rina Binti Mohd Harun – Ketua Srikandi
4. Dato’ Seri Hamzah Bin Zainudin – Setiausaha Agung
5. Dato’ Mohamed Salleh Bin Bajuri – Bendahari Agung
6. Dr Radzi Jidin – Ketua Penerangan
7. Tan Sri Abd Aziz Bin Mohd Yassin – Ahli MPT
8. Muhammad Zahid Bin Md Arip – Ahli MPT
9. Datuk Dr Sukiman Bin Sarmani – Ahli MPT
10. Azlinda Binti Abd Latiff – Ahli MPT
11. Datuk Mohd Rafiq Bin Naizamohideen – Ahli MPT
12. Wan Mohd Shahrir Bin Wan Abd Jalil – Ahli MPT (Ketua BPN Pahang)
13. Dr Muhammad Faiz Bin Na’aman – Ahli MPT
14. Dato’ Seri Ahmad Faizal Bin Dato’ Azumu – Ahli MPT (Ketua BPN Perak)
15. Najwah Halimah Binti Abd Halim – Ahli MPT
16. Datuk Nordin Bin Salleh – Ahli MPT
17. Datuk Seri Mohd Redzuan Bin Md Yusof – Ahli MPT (Ketua BPN Melaka)
18. Datuk Dr Shahruddin Bin Md Salleh – Ahli MPT
19. Datuk Wira Dr. Rais Hussin Bin Mohamed Ariff – Ahli MPT
20. Wan Saiful Bin Wan Jan – Ahli MPT
21. Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr Rais Yatim – Ketua BPN Negeri Sembilan
22. Datuk Kamarudin Bin Md Nor – Ketua BPN Kelantan
23. Datuk Seri Hajiji Bin Hj. Nor – Ketua BPN Sabah
24. Datuk Razali Bin Idris – Ketua BPN Terengganu
25. Mazlan Bin Bujang – Ketua BPN Johor
26. Kapt (B) Muhammad Suhaimi Bin Yahya – Ketua BPN Wilayah Persekutuan
27. Jaziri Alkaf A. Suffian – Ketua BPN Sarawak – SM

(Visited 651 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button