Nasional

Penolong jurutera ditahan kes minta suapan RM80,000

SEORANG penolong jurutera sebuah agensi kerajaan ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes meminta suapan berjumlah RM80,000 untuk kerja baik pulih sebuah sekolah di Selangor.

Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata lelaki berusia 35 tahun itu ditahan sepasukan pegawai agensi selepas dipercayai menerima wang tunai RM10,000 daripada individu lain di sebuah restoran di sekitar Bangi kira-kira jam 4 petang.

“Suspek adalah pegawai yang bertanggungjawab menguruskan projek itu,” kata sumber itu.

Pengarah SPRM Selangor Datuk Alias Salim, ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Beliau berkata lelaki itu akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam pada Rabu (18 Mei) untuk mendapatkan perintah reman. – SM

(Visited 358 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button