Nasionalpilihan

Anjing itu namanya Loki dan ini adalah tahun terakhir saya bersamanya – Micro Junior

Aksi seorang anggota Tentera Darat yang sedang bermanja-manja dengan dengan seekor anjing selepas tamat perarakan Hari Kebangsaan 2022 baru-baru ini mendapat perhatian ramai.

Tanpa sedar, gambar anggota Tentera Darat itu dirakam orang awam dan hasil perkongsian gambar tersebut dalam media sosial mendapat pelbagai reaksi yang positif.

Sehubungan itu, Micro Junior, tuan empunya badan yang dilihat begitu mesra dengan anjing berkenaan, Loki tampil membuat kenyataan secara terbuka mengenai dirinya.

“Saya ingin memberitahu dalam gambar tersebut adalah saya bersama anjing bernama Loki dan tahun ini adalah tahun terakhir saya bersama Loki menyertai perarakan bersama-sama.

“Kami telah menghadapi ranjau kehidupan bersama sepanjang tahun dan Loki juga merupakan kawan sejati saya,” luahnya dalam salah satu ruangan komen.


Ujar Micro lagi, anjing tersebut juga akan menerima tuan baharu tidak lama lagi memandangkan Micro akan menamatkan perkhidmatan tidak lama lagi.

Dalam komen yang sama, Micro mengakui terasa sedih kerana dia dan Loki sudah lama bersama-sama dalam perkhidmatan dan sukar melupakan Loki yang sudah pun dianggap sahabat baik.

(Visited 81 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button