Nasionalpilihan

Penjawat awam ditahan terlibat pecah masuk kedai KK Super Mart

SEORANG penjawat awam bersama rakannya ditahan kerana disyaki terlibat dengan kes pecah masuk kedai KK Super Mart di Bandar Puchong Utama, Selangor.

Diahamkan, kedua-dua suspek berusia 29 dan 37 tahun itu ditahan pada 22 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd. Khalid Othman berkata, kejadian pecah masuk itu berlaku pada 20 Julai lalu.

“Siasatan awal mendapati kunci shutter hadapan kedai tersebut KK Mart telah diumpil oleh penjenayah.

“Suspek juga telah mengambil wang tunai sebanyak RM4,700 dari peti besi dan pelbagai jenama rokok di kaunter juga didapati hilang. Jumlah kerugian dianggarkan berjumlah RM17,430,” katanya.


Menurut Abd. Khalid, penjawat awam yang ditahan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah manakala seorang lagi suspek mempunyai 10 rekod kesalahan lampau dan dikehendaki polis.

Jelasnya, semasa tangkapan dilakukan, pihaknya juga turut merampas sebahagian besar barangan yang dilarikan suspek.

“Kedua-dua suspek kini ditahan reman sehingga 26 Julai depan dan kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya.

Dalam pada itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian jenayah boleh menghubungi nombor telefon 03-56210343 (Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya) atau mana-mana balai polis berdekatan. -SM

(Visited 158 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button