Nasional

59 kilang diarah tutup, 75 dikompaun kerana langgar SOP

PELAKSANAAN Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 menyaksikan lebih 100 kilang dikenakan tindakan keranan tidak mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP).

Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan telah meningkatkan operasi pemantauan dan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang didapati melanggar SOP yang telah diwartakan.

Di sektor perkilangan, sebanyak 75 buah kilang dikenakan kompaun manakala 59 buah kilang lagi diarahkan tutup kerana melanggar SOP.

“Langkah ini dikuatkuasakan susulan kerajaan telah menerima banyak aduan berkaitan industri dan premis perniagaan yang tiada dalam senarai perkhidmatan perlu beroperasi sepanjang tempoh pelaksanaan PKP
ketika ini.

“Sejak 1 Jun sehingga 9 Jun 2021 pasukan Task Force Operasi Pematuhan telah melakukan pemeriksaan ke atas 268 buah kilang bagi memastikan tiada pelanggaran SOP,” tegas Ismail Sabri.

Sementara itu, seramai 907 individu tekah ditahan atas kesalahan ingkar SOP semalam.

Daripada jumlah itu seramai 877 individu dikompaun, 28 direman manakala dua lagi dibenarkan ikat jamin.

Kesalahan tertinggi kerana tidak memakai pelitup muka (208) diikuti individu gagal merekod butiran diri/daftar masuk premis (148).

Seramai 147 dikenakan tindakan kerana merentas negeri atau daerah tanpa kebenaran dan makan di premis.

Tiada penjarakan fizikal (123), tidak patuh arahan kawalan pergerakan (81), membawa penumpang berlebihan (79), aktiviti pusat hiburan (28), premis gagal patuhi arahan (10) dan lain-lain (83).-SM

 

 

 

(Visited 120 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button