Politik

Pengundi Perak jangan silap pilih PH

IPOH 16 Nov. – Pengundi di Perak tidak boleh melakukan kesilapan kali kedua jika memilih Pakatan Harapan (PH) untuk memerintah kerana telah gagal melunaskan mandat rakyat pada pilihanraya lepas.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, rakyat perlu imbas kembali pada apa yang berlaku semasa Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU-14).

Menurut beliau, rakyat telah diperdaya apabila PH tidak mampu melaksanakan tanggungjawab.

“Keputusan PRU14 menjadi jalan kepada pemimpin PH melepaskan pemimpin mereka dari pendakwaan rasuah dan salahguna kuasa.

“Kini PH kembali semula dalam dua bentuk berbeza.

“Satu gabungan antara DAP, PKR dan Amanah manakala satu lagi antara Bersatu, Pas dan Gerakan dengan nama Perikatan Nasional,” ujarnya menerusi hantaran pada laman Facebook beliau baru-baru ini.

Tegas Menteri Besar Perak ini, PN dikepalai oleh Bersatu iaitu parti tonggak kepada PH pada PRU lepas.

“Lambang dua gabungan ini mungkin berlainan tapi wajahnya sama, identitinya sama serta tipu dayanya pun sama,” ujarnya.

Sehubungan itu tegas Saarani, pengundi jangan tersalah pilih sebaliknya undilah Barisan Nasional untuk kestabilan bagi menjamin kesejahteraan.

(Visited 250 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button