NasionalpilihanPolitik

Mengenang naratif persepsi PRU-14 yang mengecewakan ramai pengundi B40!

Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) boleh dikatakan layak dimasukkan ke dalam silibus salah satu sejarah moden Malaysia yang berlaku pada tahun 2018.

Seingat penulis, naratif persepsi yang dimainkan pada ketika itu adalah tumbangkan BN, tukar kerajaan serta beri peluang Pakatan Harapan memerintah.

Namun dalam tempoh 22 bulan, tidak dinafikan ada menteri yang memang ikut buku, tegas dengan peraturan namun disobotaj dari dalam.

Mana tidaknya, berpuluh-puluh tahun buku tolak tepi, sekadar ada atas meja atau dalam pekeliling untuk buat syarat, selebihnya ikut suka hati asalkan tidak kantoi.

Yang tak bagusnya, sudahlah Malaysia ini tercatat harus kekal dengan Perkara 3 (1) iaitu Islam adalah agama bagi persekutuan namun orang bukan Islam cuba mencampuri urusan masyarakat Islam.

Kalau dahulu, operasi gempur pub, kelab hiburan memabukkan serta pusat-pusat maksiat, rancak dilaksanakan NGO Melayu namun setelah kerajaan bertukar, tindakan ini dimatikan.

Matinya sehingga sekarang dan baru-baru ini apabila diadakan satu sesi antara orang-orang Kerajaan dan NGO, perkara ini disuarakan kerana ia melibatkan akidah umat Islam.

Menjelang PRU-15 yang akan berlangsung pada bila-bila masa, rakyat miskin yang terdiri daripada pengundi B40 bagaikan hilang arah mahu percaya tentang apa kerana kisah lama merobek jiwa.

Masih segar diingatan kumpulan teksi merah serta teksi biru antara komuniti yang rancak menentang kerajaan BN menuju ke arah PRU-14.

Setelah peluang diberi kerajaan baharu, Perdana Menterinya pula letak jawatan dan bergantilah Tan Sri Muyiddin Yassin yang memerintah semasa Covid-19 mengganas.

Kemudian, cara pengunduran dirinnya boleh dikatakan sungguh bergaya kerana meletakkan jawatan semasa berada di kemuncak dan bukannya kerana hilang jawatan akibat kalah undi.

Dalam tempoh beberapa tahun selepas PRU-14, rakyat Malaysia sudah dihidangkan dengan pelbagai menteri, perdana menteri serta corak dan gaya pentadbiran masing-masing.

Namun untuk PRU-15 akan datang, apa lagi persepsi yang dimainkan untuk mempengaruhi undi rakyat jelata yang sudah malas terlibat atau percaya kepada sekadar kata-kata.

Melihat kepada situasi yang terjadi, terdapat dua trend yang mungkin boleh terjadi semasa PRU-15 akan datang:

  1. Orang muda ramai keluar mengundi, tetapi akan undi Parti Muda kerana tiada orang tua yang asyik-asyik muka mereka dalam Dewan Rakyat
  2. Orang ramai tidak keluar mengundi tetapi disebabkan hanya BN memiliki akar umni, BN tetap boleh memang majoriti

Bagaimana pula dengan pandangan anda?

(Visited 182 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button