Nasional

Penggunaan nama Allah kepada bukan Islam buka pintu murtad

KEPUTUSAN membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah akan membuka ruang kepada penyalahgunaan yang akan menyebabkan kalimah Allah akan dihina.

Pertubuhan- pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam yang bersidang semalam berpandangan kebenaran yang berikan itu akan membuka pintu murtad dan pemikiran pluralisme lebih luas.

“Kami menyelar mana-mana pihak yang dilihat bersungguh-sungguh untuk menggunakan kalimah suci ini yang jelas tidak sensitif dan sengaja mahu menimbulkan perselisihan di kalangan penganut agama,” kata Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam Aminuddin Yahaya.

NGO terbabit membuat enam tuntutan bagi menghalang penggunaan kalimah Allah terhadap bukan Islam.

Antaranya menuntut Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk merayu terhadap keputusan ke mahkamah yang lebih tinggi dengan kadar segera dan meminta penangguhan perlaksanaan keputusan hakim tersebut sehingga kes rayuan selesai.


KDN perlu mengeluarkan pekeliling baharu pengharaman penggunaan perkataan-perkataan tersebut sekiranya penangguhan itu tidak dibenarkan.

Selain itu mereka menuntut kerajaan dan jawatankuasa pemilihan hakim untuk memastikan hanya mereka yang benar-benar faham sejarah perundangan negara dan menghayati Islam sebagai agama Persekutuan dalam konteks yang sebenar dilantik sebagai hakim.

“Menyaran agar setiap organisasi dan persatuan umat Islam mengambil serius perihal dan isu ini kerana ianya membawa implikasi yang besar kepada umat Islam dan kita menyarankan agar satu memorandum bantahan dihantar kepada majlis agama Islam di setiap negeri dengan kadar yang segera.

“Menuntut kerajaan mengadakan preamble (mukadimah) kepada Perlembagaan Persekutuan dengan memasukkan elemen-elemen penting bagi menjaga keutuhan Islam,” katanya.

Mereka menggesa Dewan Bahasa dan Pustaka selaku badan berautoriti terhadap bahasa untuk memberikan definasi ‘God’ sebagai ‘Tuhan’ bagi menghilangkan pertikaian yang timbul.

Memohon ampun perkenan Raja-Raja Melayu selaku Ketua Agama Islam bagi negeri masing-masing untuk mengambil tindakan segera bagi membetulkan keadaan supaya Islam tidak terus dihina dan dipermain-mainkan.-SM

(Visited 207 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button