Nasional

LRT Laluan Kelana Jaya alami kemalangan

LRT Laluan Kelana Jaya dilaporkan mengalami kemalangan.

Dalam kenyataan ringkas di Facebook Rapid KL, dimaklumkan kejadian melibatkan kereta api bernombor 40 dan 81.

“Pasukan kami menggerakkan pertolongan dan bantuan penyelamat sekarang. Harap bertenang dan ikut arahan.


“Kami meminta maaf atas sebarang kebimbangan atau kegelisahan yang ditimbulkan. Kami berusaha secepat mungkin untuk menghulurkan bantuan dan memperbaiki keadaan,” katanya.

Video dan gambar mengenai insiden itu telahpun tular di media sosial yang memperlihatkan penumpang bergelimpangan dan ada yang mengalami kecederaan dan berdarah.-SM

(Visited 11,535 times, 2 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button