Nasional

Kerajaan lanjutkan khidmat bekalan ubat, keperluan perubatan Pharmaniaga

ANAK syarikat milik penuh Pharmaniaga Bhd (Pharmaniaga), Pharmaniaga Logistics Sdn Bhd (PLSB) menerima surat melanjutkan perkhidmatan daripada Kementerian Kesihatan untuk membekalkan ubat-ubatan dan keperluan perubatan kepada fasiliti kementerian itu.

Ini melibatkan tempoh interim selama 25 bulan mulai 1 Dis, 2019 sehingga 31 Dis, 2021.

Pharmaniaga dalam kenyataan hari ini berkata, PLSB juga akan meneruskan perkhidmatan logistik dan pengedaran kepada kementerian berkenaan untuk tempoh lima tahun berakhir 31 Dis, 2024.

Pengarah Urusan Pharmaniaga Datuk Farshila Emran berkata Pharmaniaga berterima kasih kepada kerajaan kerana meletakkan kepercayan terhadap syarikat itu dan mengiktiraf prestasi mereka dalam melaksanakan perkhidmatan.

“Di masa hadapan, kami akan kekal memberi tumpuan menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi dan kecekapan operasi yang kukuh bagi memastikan kami mencapai Indeks Petunjuk Prestasi (KPI).

“Sehubungan itu, kami komited untuk mempertahankan piawaian tadbir urus korporat yang baik dan amalan yang telus berpandukan Sistem Pengurusan Anti Rasuah MS ISO 37001,” kata Farshila. — BERNAMA

(Visited 130 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button