Ekonomi

Pengerusi Bank Rakyat raih Anugerah Forum Perniagaan Muslim Global 2022

PENGERUSI Bank Rakyat, Datuk Haji Abd Rani Lebai Jaafar meraih Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Usahawan Terbilang pada Forum Perniagaan Muslim Global 2022 (GMBF 2022) yang diadakan baru-baru ini.

Anugerah tersebut yang disampaikan oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Penganjur forum berkenaan, mengiktiraf sumbangan dan prestasi cemerlang Datuk Haji Abd Rani khususnya dalam sektor keusahawanan.

Datuk Haji Abd Rani dalam satu kenyataan berkata, pengiktirafan ini juga menunjukkan usaha keras Bank Rakyat dalam membangunkan usahawan telah memberi impak dan kesan positif kepada kesejahteraan masyarakat bukan sahaja domestik, tetapi juga masyarakat global.

“Di bawah pelan lima tahun Bank Rakyat 2025 (BR25), Bank Rakyat komited dalam memainkan peranan penting sebagai enjin pertumbuhan yang menggerakkan semula sektor perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) serta menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara dalam usaha membantu mentransformasikan dan memperkasakan ekonomi negara dan Keluarga Malaysia,” tambah beliau.

Forum ini yang bertemakan ‘Kebangkitan Ekonomi Islam Global: Memfokus Semula, Menetapkan Semula dan Pulih dalam Era Pasca-pandemik’, dianjurkan bersama oleh Kerajaan Negeri Sarawak, Institut Strategik bagi Asia Pasifik, Global One dan Kelab Ekonomi Kuala Lumpur. – SM


Artikel berkaitan > Bank Rakyat anjur iSHAR kali ke-4 kumpul Cendekiawan Syariah Antarabangsa

(Visited 135 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button