Nasional

Penganugerahan PhD dan Ijazah Sarjana kepada pengurusan tertinggi World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL)

WORLD Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) meraikan kejayaan Dato’ Sri Dr Hj. Irmohizam Ibrahim (Pengarah Urusan Kumpulan) dan Encik Fauzy Wahab (Ketua Pegawai Operasi) atas penganugerahanDoktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) dan Sarjana PentadbiranPerniagaan (MBA) dalam Majlis Konvokesyen Asia e University yang ke-12 di Dewan Merdeka, WTCKL pada hariini. Dato’ Sri Dr Haji Irmohizam bin Ibrahim juga merupakanrakyat Malaysia pertama yang dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah World Trade Centers Association (WTCA) yang beribu pejabat di New York, Amerika Syarikat.

Pencapaian yang mengagumkan oleh kedua-dua individu inimenunjukkan komitmen WTCKL untuk melahirkan dan membangunkan bakat-bakat yang luar biasa sekaligusmenerapkan budaya pembelajaran sepanjang hayat di kalanganpekerja.  

Di samping itu, kejayaan ini juga merupakan pemangkin untukWTCKL mengekalkan kepemimpin cemerlang dalam organisasidan memberi peluang untuk warga WTCKL mencapai kejayaanyang terbaik dalam industri Acara perniagaan. Pembelajaransepanjang hayat bukan sekadar untuk sekali sahaja, tetapi ianyamerupakan sebuah perjalanan yang berterusan untukmemperoleh pengetahuan dan kemahiran yang baru.

WTCKL amat komited untuk menyokong pekerja bagimemastikan mereka mencapai potensi penuh mereka dalamkehidupan peribadi dan kerjaya. Amalan budaya pembelajarandan pembangunan yang berterusan serta sinergi untuk menjadiyang terbaik dalam industri akan memberikan faedah yang sebaiknya kepada pelanggan.

Pembelajaran di Asia e University ini merupakan sebuahperjalanan yang peribadi dan intelektual yang sangat memberangsangkan. AeU merupakan perintis universiti digital global dan ini menyemarakkan lagi semangat saya untukmeneruskan pembelajaran sepanjang hayat. Universiti inimerangkumi ketangkasan, keusahawanan, inovasi, dan menetapkan standard yang luar biasa dalam pendidikan tinggi. Perjalanan AeU saya ini adalah tanda keazaman saya dalampencarian ilmu. Saya bersyukur dengan peluang ini dan sayaakan terus mengamalkan budaya pembelajaran sepanjang hayat. Terima kasih AeU, kerana mencetuskan rasa ingin tahu saya dan menjadi mercu tanda kecemerlangan.” – Dato’ Sri Dr Haji Irmohizam bin Ibrahim.

WTCKL melihat ini sebagai peluang untuk mempamerkankeupayaannya dan menarik pelanggan yang menghargai etossyarikat dalam budaya pembelajaran sepanjang hayat. Pelangganakan berasa yakin dengan budaya syarikat dalammempromosikan pembelajaran sepanjang hayat, yang memastikan semua perniagaan dilaksanakan secara profesionaloleh mereka yang berbakat.

Kesimpulannya, WTCKL meraikan kejayaan kedua-dua individuini dalam pencapaian akademik mereka. Komitmen merekadalam pembelajaran sepanjang hayat sememangnya menjadiinspirasi kepada semua warga kerja WTCKL. -SM

Baca : Menteri Besar Perlis buat lawatan ke Kuching sempena Tahun Melawat Perlis 2024

(Visited 60 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button