fbpx
NasionalNegeri

Kibarkan Jalur Gemilang – Raja Muda Perlis

RAKYAT Malaysia perlu semarakkan semangat patriotik dengan mengibarkan Jalur Gemilang bagi menyambut Hari Kemerdekaan ke-63 tidak lama lagi.

Justeru, pengibaran Jalur Gemilang juga mesti dikibarkan atas semangat cintakan negara, bukan sekadar ‘asal ada’ ataupun ‘ala kadar’.

Ini kerana, bendera Malaysia merupakan lambang dan maruah negara, sekiranya dipandang mudah maka kuranglah semangat patriotik.

“Sekiranya tidak mampu untuk mengibarkan bendera baru dengan sempurna, maka tonjolkanlah semangat patriotik.


“Sekurang-kurangnya sensitif melihat bendera yang tidak sempurna seperti koyak, lusuh, terbalik dan seumpamanya.

BACA > Bekas NUJ Utusan failkan tuntutan pampasan – Suara Merdeka

“Ambillah tindakan wajar dengan menurunkan atau menanggalkannya dengan cara yang bersesuaian serta-merta.”

Demikian titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail meminta seluruh rakyat supaya raikan Hari Kemerdekaan dengan mengibarkan Jalur Gemiliang.

Baginda juga meminta rakyat Malaysia supaya memelihara Jalur Gemilang dan tidak membiarkan lusuh, rosak atau terbiar di atas jalan raya dan sebagainya.

Baginda bertitah demikian selepas berkenan berangkat mengadakan lawatan ke ‘Pusat Santuari Ikan Air Tawar’ di persisir Empangan Timah Tasoh.

Kunjungan baginda adalah bersempena dengan program kayuhan ‘MAIPs Peduli Menjejaki dan Menantuni Asnaf kali ke 35 bagi tahun 2020’ sejauh 14km bermula dan berakhir di M Tasoh Lake.

Ia dianjurkan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis bagi menyampaikan sumbangan agihan zakat MAIPs sepanjang laluan itu kepada tiga buah keluarga asnaf terpilih.

Keberangkatan baginda turut diiringi anakanda, Puteri Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail dan Puteri Sharifah Farah Adriana Jamalullail.

BACA > Menari ala kumpulan BTS, tiga tentera Korea Utara bakal dihukum mati – Suara Merdeka

Keluarga diraja itu disambut oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis bagi pirtfolio Kemajuan Luar Bandar & Pembasmian Kemiskinan, Pembangunan Pusat Pertumbuhan Baru, Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Asmaiza Ahmad dan Pengarah Perikanan Negeri Perlis, Ismail Ibrahim.

Tambah Tuanku Syed Faizzuddin Putra, semangat patriotik wajar ditunjukkan walaupun negara kini dalam situasi normal baharu akibat pandemik Koronavirus (Covid-19).

Namun baginda bertitah situasi itu tidak sepatutnya menjadi halangan kepada rakyat Malaysia untuk melahirkan rasa cinta kepada negara dan kibarkan Jalur Gemilang.

Jelas baginda lagi, semangat patriotik sambutan Hari Kemerdekaan juga wajar disemarakkan lagi di Sabah dan Sarawak.

Ini kerana, permulaan pembentukan Malaysia adalah bermula pada 9 Julai 1963.

“Ia menjadi detik permulaan pembentukan Malaysia apabila ‘Perjanjian Malaysia’ ditandatangani.

“Kemudian disusuli perisytiharan pembentukan Malaysia pada 16 September 1963,” jelasnya.

Sejarah menunjukkan ‘Perjanjian Malaysia’ dipersetujui Ratu British, Queen Elizabeth II.

Perstujuan tersebut disusuli dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong ketika itu, Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail pada 26 Ogos 1963.

BACA > Hina PDRM, ATM: Asri Janggut akan dipanggil Bukit Aman – Suara Merdeka

Bermula daripada Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) itulah diwujudkan Akta Malaysia yang kini sebahagian daripada Perlembagaan Persekutuan.

Oleh demikan, wajar Jalur Gemilang dikibarkan di seluruh negara bagi menyemarakkan sambutan kemerdekaan. – SM

 

Show More

Mohamad Athir Ismail

Berpengalaman lapan tahun dalam bidang kewartawanan termasuk penerbitan majalah, surat khabar dan portal berita. Sebelum menyertai Suara Merdeka, beliau pernah berhidmat di pelbagai syarikat penerbitan. Berminat meneroka bidang kewartawanan untuk perniagaan.

Related Articles

Back to top button