NegeriRencah Hidup

Penganjur sukan pelancongan dipelawa rancakkan Tahun Melawat Perlis 2024-2025

SEMPENA Kempen Tahun Melawat Perlis 2024-2025, Perlis mempelawa penganjuran program berteraskan sukan pelancongan sama ada larian, berbasikal, sukan air, mendaki, sukan lasak yang mempunyai dana dalaman serta tajaan sendiri yang cukup bagi sama-sama membantu merancakkan lagi aktiviti sektor pelancongan di negeri ini dalam tempoh tersebut.

Kelab-kelab dan persatuan-persatuan tempatan di Perlis juga didapati banyak yang sudah berpengalaman serta bersedia bagi menerima kunjungan pelancong dan juga penganjur acara bagi sama-sama menjalankan acara melalui kemahiran dan jaringan sedia ada masing-masing di negeri ini untuk bertindak sebagai ‘local partners’ selain mereka sendiri yang menganjurkannya dari masa kesemasa.

Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen berkenan bergambar dengan pemilik dan kakitangan Restoran The ISDU Premium, Tambon Bo Yang, Daerah Mueang, Songkhla, Thailand sempena pelancaran Promosi Makanan Perlis.

Demikian dititahkan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullalil selepas berkenan berangkat melancarkan Promosi Makanan Perlis di Restoran The ISDU Premium, Tambon Bo Yang, Daerah Mueang, Songkhla, Thailand baru-baru ini.

Promosi ini anjuran restoran tersebut dengan kerjasama Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis.

Berangkat sama Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Kurma Daging Perlis akan ditawarkan dalam menu harian restoran tersebut selama seminggu dan jika ia mendapat respon yang baik daripada pelanggan berkemungkinan akan dipertimbangkan untuk dimasukkan dalam menu tetap kelak.

Keberangkatan tiba Baginda berdua ke restoran Muslim yang cukup terkenal dengan masakan ala Cina halal telah disambut oleh pemilik restoran, Shokri Saleh dan Penyelaras Program, Mejar Muhamad Azuan Mohamad Nasir.

Ia yang telah beroperasi selama setahun 8 bulan itu dibuka setiap hari bermula pukul 11 pagi sehingga 9 malam kecuali Khamis dikendalikan oleh seramai 15 pekerja.

Turut hadir, Presiden Thaksin University (TSU) Dr. Nathapong Chitniratna dan Naib Canselor UniMAP Prof. Datuk Ts Dr Zaliman Sauli.

Kurma Daging Perlis dilancarkan pada Promosi Makanan Perlis di Restoran The ISDU Premium, Tambon Bo Yang, Daerah Mueang, Songkhla, Thailand baru-baru ini.

Tuanku Raja Muda dan Tuanku Raja Puan Muda meluangkan masa berangkat ke restoran berkenaan mengambil sempena perasmian Seminar Antarabangsa Integrasi Alam dan Tamadun (SUTERA) 2023 & SEMALU III yang diintegrasikan dengan tema “Budaya Penyelidikan Watan: Melestari Identiti Keunikan ASEAN” di TSU yang dianjurkan oleh Universiti itu bersama-sama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bersama Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP).

Untuk rekod, pada masa yang sama, Promosi Masakan Perlis berupa Kurma Daging Perlis akan disajikan di Restoran Belacan Grill Malaysian Bistro yang beroperasi tidak jauh dari Disneyland Anaheim, Los Angeles, Amerika Syarikat yang dilancarkan secara simboliknya oleh Tuanku Raja Muda dan Tuanku Raja Puan Muda baru-baru ini bermula pada 31 Ogos hingga 16 September 2023 yang akan datang ini sebagai inisiatif kecil untuk sama-sama mempergiatkan momentum promosi Tahun Melawat Perlis 2024-2025. – SM

(Visited 77 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button