Rencah Hidup

Ludah dalam kolam renang pangsapuri Cheras

Penuntut universiti dari China kurang ajar:

APA motif sebenar kelakuan seorang penuntut universiti yang berasal dari China, meludah ke dalam kolam renang sebuah pangsapuri (apartment) di Cheras, Kuala Lumpur, semalam?

Perbuatan penuntut wanita itu dirakam oleh penduduk pangsapuri berkenaan dan aduan dibuat kepada pengawal keselamatan pangsapuri tersebut.

Apabila ditegah perbuatannya itu oleh pengawal keselamatan, penuntut itu tidak menghiraukannya bahkan ‘dicabar’ pengawal keselamatan berkenaan pula.

Penuntut  yang tidak berakal itu dikatakan membeli sebotol air mineral, berkumur-kumur dengan air mineral dan meludah ke dalam kolam renang kanak-kanak pula.

Ini bermakna, kedua-dua kolam di pangsapuri tersebut telah tercemar dengan air liur dan air kumuran oleh penuntut perempuan itu.

Tindakan penuntut itu bukan sahaja boleh dikategorikan sebagai tidak bertanggung jawab tetapi apakah justifikasi yang membuatkan dia bertindak demikian? Membuat perilaku sebegitu? Sedangkan rata-rata, semua orang fobia dan bimbang tentang wabak coronavirus.

Amat pengotor penuntut perempuan dari China ini. Dia sepatutnya tahu bahawa penyebaran virus CONVID-19 yang bermula di negara asalnya, daerah Wuhan, menular sehingga mencetuskan rasa bimbang di seluruh dunia.

Angka kematian yang dicatat akibat coronavirus di China setiap hari meningkat, begitu juga catatan angka mereka yang dijangkiti virus itu turut meningkat.

Perbuatan penuntut perempuan ini perlu disoal siasat oleh pihak penguasa, polis. Bukan berhenti setakat ditahan dan dihalau oleh pengawal keselamatan pangsapuri berkenaan.

Penuntut perempuan berkenaan juga mesti dikenakan tindakan undang-undang kerana dia sengaja mencemari kolam renang di pangsapuri berkenaan dengan berkumur dan meludah ke dalam kedua-dua kolam.

Bayangkan jika pihak pengurusan pangsapuri tersebut tidak mengambil langkah membersihkan air kolam dan orang ramai yang tidak mengetahui insiden yang berlaku, mandi dan berenang di dalam kolam berkenaan. – SM

(Visited 463 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button