MahkamahNegeri

Haruan makan anak: Jurutera mesin kilang dihadap ke mahkamah

Mangsa, anak sulung berusia 13 tahun

SEORANG jurutera mesin kilang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka hari ini atas pertuduhan merogol anak kandungnya yang berusia 13 Jun lalu.

Tertuduh, 44, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus tiga pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan.

Mengikut pertuduhan bertama di bawah Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan, tertuduh didakwa telah merogol anak sulungnya (mangsa kanak-kanak perempuan) berusia 13 tahun yang mana hubunga mereka tidak dibenarkan di bawah undang-undang untuk berkahwin.

Bagi kesalahan pertama itu, tertuduh yang juga merupakan bapa kepada lima orang anak, berhadapan dengan hukuman penjara lapan dan 30 tahun serta tidak kurang 10 sebatan, jika sabit kesalahan.

BERNAMA melaporkan, berdasarkan pertuduhan kedua, tertuduh turut melakukan cubaan rogol terhadap mangsa sama.


Bagi pertuduhan kedua ini, dia didakwa mengikut Seksyen 376 (b) /511 kanun sama yang memperuntukkan hukuman sama seperti kesalahan merogol.

Tertuduh turut berdepan pertuduhan di bawah Seksyen 15 (e) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTK) 2017 kerana melakukan amang seksual bukan fizikal dengan cara menunjukkan video seks kepada mangsa sama.

Kesemua kesalahan itu dilakukan antara pertengahan bulan Jun sehingga awal Julai lalu di sebuah rumah di Taman Limbongan Permai, Melaka.

Terdahulu pihak pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Anis Wahidah Mohamad memohon supaya tiada sebarang jaminan dibenarkan dengan mengambil kira mangsa merupakan anak kandung, dan sekiranya mahkamah ingin menggunakan budi bicara, beliau mencadangkan jaminan RM30,000 bagi setiap pertuduhan.

Elesabet pada penghakimannya kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 bagi setiap pertuduhan berserta syarat tambahan iaitu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melapor diri setiap bulan di balai polis berhampiran.

Mahkamah turut menetapkan 5 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan serahan dokumen.

Tertuduh diwakili peguam Nurfarah Amiera Mohd Azlan. – SM

(Visited 91 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button