fbpx
Nasional

Penduduk Kelantan, Terengganu perlu berjaga-jaga

AMARAN cuaca buruk dengan hujan lebat yang kini dialami di Kelantan, dijangka berterusan hingga esok.

Jajahan yang diramalkan terlibat ialah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bahru, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), dalam kenyataan hari ini, menyebut bahawa cuaca buruk itu turut dijangka melanda Rompin, Pahang dan Terengganu iaitu Besut, Setiu dan Hulu Terengganu.

Jabatan itu turut mengeluarkan amaran waspada iaitu hujan lebat yang dijangka berlaku di Kelantan (Gua Musang), Terengganu (Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman), Pahang (Jerantut, Kuantan dan Pekan) serta Johor (Mersing dan Kota Tinggi) sehingga Isnin ini. – BERNAMA


Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button