Bola SepakNasionalpilihanSukan

JDT tepati ramalan juarai Piala FA

Johor Darul Ta’zim (JDT) terlalu kuat buat Terenggsnu FC. Itulah hakikat sebenarnya betapa skuad Harimau Selatan berada dalam kelas tersendiri serta wajar dinobatkan sebagai pasukan paling ampuh dan unggul.

Seperti yang diramalkan atas kertas, JDT merealitikan impian bergelar juara Piala FA buat kali ketiga selepas menewaskan Terengganu 3-1 dalam perlawanan akhir Piala FA Edisi ke-32 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), Kuala Lumpur malam tadi.

Kali pertama JDT membawa pulang piala tersebut pada 1998 dan 2016 menambah koleksi ketiga setakat ini.

Lebih manis buat JDT apabila pemain lincahnya, Arif Aiman Hanapi yang menjaringkan gol pertama pasukannya dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan Akhir Piala FA.

Sejurus pengadil Muhammad Nazmi Nasaruddin meniup wisel penamat seluruh kesebelasan utama termasuk pemain simpanan JDT berpelukan sesama sendiri meraikan kejayaan tersebut di hadapan kira-kira 84,321 penonton yang menyaksikan perlawanan tersebut.


Pujian harus diberikan kepada Terengganu cuba memberikan saingan namun diakui hakikat JDT menguasai sepenuhnya aksi sepanjang 90 minit.

Bergson Da Silva (jersi 9) cuba dihalang pemain Terengganu dalam perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Seawal minit ke-12 JDT nyaris-nyaris meledakkan jaringan awal namun sepakan kencang pemain lincah Arif Aiman sekadar mengenai palang gol selepas mendapat hantaran Leandro Valazquez.

Serangan itu menguatkan semangat pemain Harimau Selatan dengan giliran Fernando Foresteri pula mencemaskan benteng pertahanan Terengganu namun sepakan kencang pemain itu meliar keluar pada minit ke-19.

Pada minit ke-24 Terengganu sepatutnya berjaya menggegar jaring JDT menerusi serangan pantas namun dihampakan percubaan ketua pasukan Tchetche Kipre berjaya diselamatkan penjaga gol kebangsaan, Farizal Marlias.

Akhirnya kebuntuan jaringan gol menjadi milik JDT apabila Arif Aiman meledakkan sepakan kaki kiri pada minit ke-34.

Gol berpunca daripada hantaran Valazquez pemain itu tidak gopoh berdepan pemain pertahanan lawan Alif Zakaria sebelum mengelecek pemain itu sebelum melepaskan rembatan kaki kiri menewaskan penjaga gol, Rahadiazli Rahalim.

Terengganu yang tersentak dengan gol tersebut cuba bersaing namun pemain JDT lebih ampuh menguasai babak tengah hingga mengikat kedudukan 1-0 menamatkan saingan babak pertama.

Penjaring terbanyak JDT, Bergson Da Silva pula memahatkan nama sebagai penjaring kedua apabila dia mudah menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-62.

Pengadil, Muhammad Nazmi Nasaruddin tidak teragak-agak menghadiahkan sepakan penalti selepas penjaga gol Terengganu menjatuhkan Bergson di kawasan kotak penalti.

Begitupun, skuad Penyu bangkit bersaing apabila Kipre mudah meledakkan jaringan bagi mengikat kedudukan 1-2 pada minit ke-75.

Berlaku perebutan bola di depan pintu gol JDT, Kipre berjaya melepaskan rembatan namun terkena tangan Farizal yang menyaksikan bola tersebut menerjah jaring gagal diselamatkan benteng pertahanan.

Belum sempat pemain skuad Penyu meraikan jaringan pertama milik mereka, Bergson sekali lagi menjadi pemusnah apabila dia menjaringan gol ketiga pada minit ke-78 selepas menerima hantaran cantik Mohamadou Sumareh. – SM

(Visited 82 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button