Rencah Hidup

Bersuara masalah air di negeri Kelantan, Syahmi tak kisah diboikot

Isteri kepada Influencer terkenal, Syahmi Sazli iaitu Anissa Faizul baru-baru ini menyuarakan isu masalah air melalui hantaran facebooknya, yang tidak pernah selesai di negeri Kelantan.

Postind dari Anissa Faizul

Walaupun kedua suami isteri tersebut tidak menyentuh mana-mana parti politik namun mereka menerima kecaman sehingga ada pihak yang ingin memboikot perniagaan influencer dan juga merupakan usahawan terbabit.

Namun pasangan itu juga reda sekiranya diboikot hanya kerana bersuara demi kebaikan rakyat negeri tersebut serta mengucapkan terima kasih kepada semua pengikutnya yang masih memahami serta terus memberikan semangat dalam menghadapi hentaman sesetengah pihak disebabkan isu ini.

Pengarah yang berusia 28 tahun itu juga menjelaskan bahawa kenyataan yang dibuat isterinya adalah respon kepada luahan seorang wanita yang kesal kerana pernigaanya turut tergangu berikutan masalah gangguan air selama enam bulan.

Syazmi juga memohon maaf jika apa yang mereka ucapkan itu menyinggung mana-mana pihak, masalah air di negeri Kelantan terus berlarutan sehingga tiada penyudahnya dan tidak boleh dipandang sebelah mata.
Jika mahu perubahan kepada Kelantan, seharusnya selesaikan dahulu masalah air.

Artikle Berkaitan :>

Kelantan terus disinari ‘bulan purnama’, 45-0

Masalah air di Kelantan akan selesai jika UMNO menang

(Visited 160 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button