Politik

Masalah air di Kelantan akan selesai jika UMNO menang

Demokrasi Malaysia adalah "demokrasi duit' kata Tok Him

SERAMAI 155 orang perwakilan hadir pada Majlis Persidangan Tahunan PUTRA Bahagian Pasir Mas bertempat di Bunut Susu, hari ini.

Presiden PUTRA, Datuk Dr Ibrahim Ali dalam ucapannya melahirkan rasa terkejut tatkala membaca berita berkaitan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

SEBAHAGIAN perwakilan yang hadir untuk mendengar ucapan Presiden parti PUTRA, Datuk Ibrahim Ali pada Majlis Persidangan Tahunan PUTRA Bahagian Pasir Mas bertempat di Bunut Susu.

TPM berkata, masaalah air di Kelantan akan selesai jika UMNO menang dan kembali memerintah Kelantan.

“Ia bunyi macam meriam buloh waktu berbuka puasa. Janji UMNO, Barisan Nasional (BN) selama ini sudah bertimbun yang tidak ditunaikan dan budaya janji sudah lapuk dan tidak releven lagi.

“Apakah masih tidak sedar bahawa zaman mempersendakan minda rakyat sudah berakhir,” soal Ibrahim.

Beliau juga berkata, rakyat sudah cerdik dan golongan muda bukan boleh dibohongi lagi.

DATUK Ibrahim Ali, Presiden PUTRA bersedia kembali berkhidmat untuk rakyat kawasan Parlimen Pasir Mas.

Ibrahim turut menyifatkan dasar UMNO/BN, selagi tidak diberi kuasa mentadbir negeri, tiada pertolongan daripada Kerajaan Pusat.

“Bagi menang UMNO dulu, baru ada pertolongan dan apa jua masaalah untuk diselesaikan. Sungguh tidak ada hati budi dan tidak menghormati Perlembagaan negara.

“Tidak payahlah berjanji mengenai isu air. Tunaikanlah isu royalti minyak kepunyaan dan hak rakyat dan Kerajaan Negeri Kelantan,” ujar beliau.

Beliau turut mempersoalkan, mampukan TPM Zahid Hamidi memimpin UMNO, menasihati Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya melunaskan royalti minyak mengikut perjanjian.

“Dan sanggupkah terus mengalas dosa yang akan menerima hukuman Allah kelak? Walaupun wujud perbezaan politik dan parti namun hak yang termaktub dalam perjanjian wajib dihormati dan dilaksanakan,” katanya.

KHUSYUK mendengar apa yang diperkatakan oleh Datuk Ibrahim Ali ketika berucap pada Majlis Persidangan Tahunan PUTRA Bahagian Pasir Mas bertempat di Bunut Susu.

Dalam ucapannya juga, Ibrahim seolah-olah menempelak UMNO dan Barisan Nasional kerana berjanji apa yang sudah termaktub dalam perjanjian dengan syarat, undi BN danUMNO dulu adalah suatu pendustaan yang amat mengaib dan memalukan.

“Baiklah berjanji saperti berikut: “saya bersumpah akan menjadi pemimpin bersih dan tidak rasuah”. Mungkin rakyat akan menghargai kerana telah insaf,” tegas beliau.

Manakala Pas pula tidak mampu untuk membangunkan Kelantan tanpa wang atau peruntukan yang cukup, katanya.

“Pemimpin-pemimpin Pas negeri pula tiada kreativiti dan innovasi selain berceramah beretorik sepanjang masa.

“Walhal Kelantan negeri yang sangat kaya dan subur dari segenap perkara. Modal insan, hasil mahsul, berbagai bahan galian, kayu kayan, modal insan yang cukup dan rajin, alam sekitar yang indah, kaya budaya dan beranika jenis makanan.

“Tetapi negeri mundur.  Ada duit, pandai beli Mercedes dan naik elaun Wakil Rakyat.

“Jika dapat royalti minyak pun, belum tentu akan digunakan sebaik mungkin untuk kepentingan rakyat,” sindir Ibrahim.

BACA https://suaramerdeka.com.my/putra-bakal-jadi-gta-ganding-bahu-dengan-pn-pada-pru16/

Tambah beliau, akhirnya rakyat pula, bila tiba PRU, mana parti dan calon yang mampu bagi RM100-RM300 seorang, calon itulah diundi.

“BN biasalah guna duit masa PRU dan agensi kerajaan di bawah kerajaan Pusat dan Pas dan Perikatan Nasional (PN) juga hebat tabur duit PRU15 baru-baru ini.’

“Demokrasi Malaysia adalah demokrasi duit atau wang. Sampai bilakah majorjti rakyat akan mengundi mengikut siapa bagi duit lebih?

“Kalau budaya ini berterusan jangan haraplah untuk dapat pemimpin dan kerajaan yang bersih.

“Maka kekallah rasuah amalan budaya rakyat Malaysia sampai bila-bila dan mustahil rasuah dapat dibanteras atau dihapuskan,” jelas beliau.

Pada majlis yang sama, Ibrahim atau lebih mesra dengan panggilan Tok Him mengumumkan bahawa beliau akan kembali berkhidmat dan berjuang untuk rakyat di Kawasan Parlimen Pasir Mas apabila didesak untuk memimpin Putra Pasir Mas sebagai Ketua Bahagian bagi tempuh sessi 2023-2026.

Susulan itu Perwakilan Persidangan Tahunan Putra Bahagian Pasir Mas 2023-2026 sebulat suara mencalonkan Tok Him sebagai Ketua Bahagian Putra Pasir Mas.

TUN Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Ibrahim Ali berkolaborasi antara dua parti demi orang Melayu, bangsa dan negara.

Untuk rekod, Tok Him merupakan bekas Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas selama 11 tahun iaitu dari 1992 sehingga 2003.

Beliau disingkir dari UMNO oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi yang pada ketika itu adalah Presiden UMNO.

Ketika itu Tok Him bukan sahaja menjawat jawatan sebagai Ketua Bahagian Pasir Mas tetapi juga sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Pemecatan Tok Him daripada parti disebabkan kelantangan beliau bersuara tanpa diberi peluang membela diri. Ia adalah satu keputusan yang mengejutkan dan ekoran itu, Tok Him bertanding pada PRU 2004 sebagai calon Bebas.

Tok Him sepanjang karier beliau sebagai politikus negara juga pernah menjadi ahli Dewan Rakyat selama tiga penggal, 1986 (BN), 1990 (Semangat46) dan 2008 (tiket Pas-Bebas)

Sehingga kini pemimpin dilihat bersih dan banyak berjasa kepada rakyat.

BACA https://suaramerdeka.com.my/parti-putra-melaka-minta-pdrm-sprm-siasat-marris/

BACA https://suaramerdeka.com.my/putra-tentang-keras-program-jom-ziarah-gereja-buat-laporan-polis/– SM

(Visited 203 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button