NasionalNegeriPendidikan

UniMAP terus lebarkan program KTP TVET UNiTY@PERLIS untuk masyarakat

UNIVERSITI Malaysia Perlis (UniMAP) terus melebarkan Program Pemindahan Ilmu (KTP) TVET UNiTY@PERLIS supaya dapat memberi manfaat kepada masyarakat setempat.

Program pemindahan ilmu (KTP) TVET UNiTY@PERLIS yang dilaksanakan ini antaranya melibatkan kursus solekan, kursus asas kimpalan dan kursus asas penyelenggaraan dan baik pulih motosikal.

Rizalafande menyampaikan ucapan sempena Majlis Graduasi KTP TVET UNiTY@PERLIS
Nur Azlin Tholib

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) UniMAP, Prof Ir Dr Rizalafande Che Ismail yakin program seperti ini akan mampu membuka lembaran baru kehidupan bagi peserta dan menggalakkan elemen “social enterprise”.

Katanya, program terbaharu yang dirancang iaitu berkaitan perkhidmatan servis motosikal iaitu aktiviti penukaran minyak hitam motosikal di bawah 150cc melibatkan 600 motosikal di kawasan Kangar, Arau dan Padang Besar akan diadakan pada 18 Mac ini.

PAUTAN https://www.facebook.com/UniversitiMalaysiaPerlis/?locale=ms_MY

“Manakala hari ini pula, 120 peserta program KTP yang terlibat dalam kursus asas kimpalan dan kursus asas penyelenggaraan serta baik pulih motosikal sudah bergraduasi sekaligus dapat meningkatkan pendapatan sampingan dan mencipta peluang pekerjaan dalam bidang TVET ini,” katanya ketika berucap di Majlis Graduasi KTP TVET UNiTY@PERLIS yang diadakan di Litar UniMAP, Pauh Putra di sini.

https://suaramerdeka.com.my/oku-berkemahiran-tvet-berpotensi-kerjaya-masa-hadapan-raja-muda-perlis/

Turut hadir Pengarah Pusat TVET UniMAP, Prof. Ts. Dr. Azremi Abdullah Al Hadi, Pengarah Institut Kajian Strategik & Komuniti UniMAP Prof. Madya Dr. Hanum Hassan, Ketua Pusat Kecemerlangan Penyelidikan dan Teknologi Sukan Permotoran (MOTECH) UniMAP Prof. Ir. Ts. Dr. Shahriman Abu Bakar, dan Ketua Jaminan Kualiti Kolej Vokasional Kangar, Mohamad Shahbandi Mohd Shawal.

Dalam majlis itu, para peserta yang terdiri daripada pelajar Kolej Vokasional Kangar dan Rumah Kanak-kanak Arau telah menerima sijil graduasi hasil kursus selama dua hari di Pusat TVET UniMAP dan Litar UniMAP.

Sementara itu, salah seorang peserta Nor Azlin Tholib,17, dari Kuala Perlis berkata, sebelum ini dia mengikuti program teknologi automotif di sekolah dan kursus yang diikuti di UniMAP itu dapat meningkatkan lagi kemahiran dalam bidang berkenaan.

BACA https://suaramerdeka.com.my/sistem-pendidikan-perlu-perubahan-tvet-keusahawanan-gabem/

Katanya, dia meminati bidang berkenaan tambahan abangnya juga seorang mekanik di Kangar mendorong beliau yang bercita-cita membuka bengkel sendiri pada masa akan datang.

“Saya juga bercita-cita untuk menyambung pengajian dalam bidang ini ke peringkat lebih tinggi selepas ini kerana minat yang mendalam,” katanya ketika ditemui selepas majlis berkenaan.

Seorang lagi peserta Muhammad Danish Haiqal Azri yang berasal dari Bintong berkata dia teruja mengikuti kursus penyelenggaraan motosikal di UniMAP dan menimba banyak pengalaman baharu.

Muhamad Danish Haiqal

Katanya, walaupun masih bersekolah namun dengan kemahiran yang diperolehi di sekolah dan UniMAP, hari minggu dapat diluangkan dengan melakukan kerja sampingan di bengkel motosikal berhampiran rumahnya.

BACA https://suaramerdeka.com.my/kerajaan-memeterai-kerjasama-tvet-dengan-18-syarikat-tempatan-dan-global/

“Pendek kata banyak masa terluang saya dapat diisi dengan melakukan kerja sampingan dan saya memperolehi wang poket sendiri,” katanya.

BACA https://suaramerdeka.com.my/fktk-unimap-perkenal-stem-di-sekolah-sekitar-perlis/

BACA https://suaramerdeka.com.my/unimap-dahului-universiti-lain-perkenal-kursus-kejuruteraan-bahan-julai/
– SM

(Visited 279 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button