NasionalNegeriPendidikan

UniMAP dahului universiti lain perkenal kursus Kejuruteraan Bahan, Julai

Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) terus mengorak langkah jauh ke hadapan dengan mendahului universiti lain di Malaysia apabila menawarkan kursus Kejuruteraan Bahan peringkat Diploma bagi sidang akademik kemasukan Julai nanti.

Program Diploma Kejuruteraan Bahan di bawah Fakulti Kejuruteraan & Teknologi Kimia (FKTK) ini akan mengambil pelajar sulungnya yang berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan setaraf dengannya bagi sesi 2022 dalam Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar iaitu UPUOnline.

Naib Canselornya, Prof. Datuk Ts. Dr. Zaliman Sauli berkata, program yang bakal ditawarkan itu akan menitikberatkan kemahiran teknikal dan amalan industri dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan penghasilan modal insan yang berkemahiran tinggi dan berdaya saing dalam memacu pembangunan negara sejajar dengan dasar TVET negara.

“Selain itu UniMAP juga merupakan universiti berstatus “universiti teknikal” yang bernaung di bawah Rangkaian Universiti-universiti Teknikal Malaysia (MTUN) bersama-sama Universiti Malaysia Pahang, UTHM dan UTeM.

“Berdasarkan rekod, terdapat beberapa universiti menawarkan program yang sama tetapi pada peringkat ijazah sarjana muda namun program yang ditawarkan ini merupakan yang pertama di Malaysia oleh UniMAP bagi peringkat diploma Pengerusi Rancangan nya ialah Ts. Dr. Luqman Musa,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Dekan FKTK, Prof. Dr. Mohd Mustafa Al Bakri Abdullah berkata program yang ditawarkan itu selari dengan Pelan Halatuju Teknologi Bahan Termaju Negara 2021-2030 yang telah dilancarkan pada Ogos tahun lepas oleh Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi (MOSTI) yang memberi fokus kepada bahan-bahan termaju seperti metabahan, plastik, komposit, seramik dan banyak lagi.

Ujarnya, jika dilihat dalam pelan halatuju ini, pelbagai ekosistem industri besar yang menawarkan perusahaan bahan termaju antaranya  Aerospace Composites Malaysia, Petronas, Perodua, DRB Hicom, Dialog, Western Digital, Intel dan banyak lagi.

“Graduan dari program ini akan didedahkan dengan ilmu berkaitan bahan seperti pemprosesan bahan, pengujian serta analisis bahan ini mendapat permintaan tinggi dari pemain industri dari dalam dan luar negara.

Antara sektor industri yang menawarkan pekerjaan dalam bidang berkaitan Kejuruteraan Bahan adalah termasuk dari sektor pembungkusan elektronik, automotif, kimpalan, industri plastik dan polimer serta minyak dan gas.

“Mereka yang berjaya menamatkan kursus diperingkat diploma juga berpeluang untuk melanjutkan pembelajaran diperingkat Sarjana Muda kejuruteraan.

Selain itu, program ini juga mensasarkan 100 peratus kadar kebolehpasaran graduan berikutan permintaan tinggi dari pemain industri,” katanya. – SM

(Visited 536 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button