AgamaPolitik

PUTRA tentang keras Program Jom Ziarah Gereja, buat laporan polis

PERGERAKAN parti Wira Putra Malaysia (PUTRA) mengutuk sekeras-kerasnya dan telah membuat laporan polis berkaitan dengan program Jom Ziarah Gereja yang menjemput belia bukan Kristian untuk bersama-sama menziarahi gereja yang dianjurkan oleh Impact Malaysia.

Impact Malaysia ialah salah sebuah agensi pembangunan belia di bawah kawal selia Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersama kumpulan yang dikenali sebagai projek Artikel 11.

Ketua Pergerakan Wira Putra, Nasrul Ali Hasan Abdul Latif berkata, walau dengan apa tujuan sekali pun, program dianjurkan ini bukan sahaja boleh ditafsirkan bertentangan dengan perkara 3 dan 11 Perlembagaan Persekutuan.

Malahan, kata beliau, ia adalah sebagai percubaan secara halus untuk menyebarkan dakyah dan doktrin agama Kristian yang akan memudaratkan akidah umat Islam.

“Walaupun jawapan Menteri KBS menyebut tiada data menunjukkan terdapat penyertaan peserta beragama Islam dalam program ke Gudwara pada 11 Mac lalu, namun jemputan terbuka yang tidak menghalang penyertaan orang beragama Islam boleh membuka ruang untuk sesiapa sahaja mendaftar.

“Malah ia adalah menyalahi perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan yang melarang agama lain disebarkan kepada orang Islam,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Hannah Yeoh

Beliau berkata, meskipun di Malaysia setiap individu berhak menganuti dan mengamalkan agamanya tetapi terhad untuk mengembangkannya kepada orang yang bukan beragama Islam sahaja.

“Yang menjadi persoalan, apakah tujuan program ini dinormalisasikan dalam kehidupan masyarakat Malaysia?

“Adakah untuk dijadikan supaya ada rekod terdahulu yang boleh dilaksanakan lagi pada masa depan sebagai program ulangan?,” soal beliau.

Kata Nasrul Ali, Menteri juga sebagai seorang Mantan Speaker DUN Selangor pastinya mengetahui tentang undang-undang yang digunakan di negeri Selangor.

Tambah beliau, seluruh negara juga cukup kenal dengan pendirian Hannah Yeoh dan usahanya menyebarkan agama Kristian seperti terkandung dalam bukunya yang berjudul Becoming Hannah.

“Program ini akan di adakan di Klang, Selangor di mana Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam, 1988) Kerajaan Negeri Selangor di bawah perkara 4(1) dan 6(1) melarang sebarang perbuatan memujuk, mempengaruhi atau menghasut orang beragama Islam mengunjungi atau mengaturkan perjumpaan bagi mendedahkan sesuatu ucapan atau pertunjukan sesuatu mengenai agama bukan Islam.

“Sehubungan itu, Wira PUTRA menggesa pihak berkuasa seperti Majlis Agama Islam Selangor khususnya Polis Diraja Malaysia menyiasat, menahan, mendakwa dan menyekat sepenuhnya program yang akan dianjurkan pada Sabtu, 18 Mac ini.

“Serta mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat kerana cuba menghina Yang Di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu selaku Ketua Agama Islam yang termaktub dalam perkara 3 Perlembagaan Persekutuan dan kebebasan beragama serta larangannya di dalam Perkara 11 dengan telus dan tanpa tolak ansur bagi membersihkan semula nama Kementerian Belia dan Sukan serta institusi Islam di Malaysia,” katanya. – SM

(Visited 220 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button