Nasional

MPP UPSI sedia makanan percuma sempena minggu peperiksaan akhir diploma

MAJLIS Perwakilan Pelajar (MPP) UPSI dengan kerjasama Pusat Islam, Persatuan Ikatan Sepadu Anak Jati Sabah (IKSAS) dan Jalinan Anak Sarawak (JASA) menjayakan program MPP Culina Madani Jumaat lalu bertempat di Masjid Al-Mursyidin, UPSI.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Dr Norkhalid Salimin menyifatkan usaha MPP itu sebagai tanda prihatin dan kemanusiaan terhadap mahasiswa khasnya yang sedang menduduki peperiksaan pada minggu akhir.

Pengarah Program bersama Staf Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) membantu penyediaan makanan kepada pelajar.

“Saya berbangga dengan inisiatif yang diambil oleh MPP dan pelbagai program berbentuk kebajikan mahasiswa dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang,” katanya.

Pengarah Program MPP Culina Madani, Dennis Wong berkata program ini adalah inisiatif MPP UPSI untuk memberikan makanan secara percuma terutama bagi mahasiswa golongan B40.

Turut hadir Timbalan Pendaftaran Kanan, Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), Puan Maskana binti Ahmad memeriahkan program.

Katanya, terdapat mahasiswa yang masih menjalankan minggu peperiksaan akhir khususnya bagi mahasiswa diploma, malah mereka disediakan makanan secara percuma sebagai inisiatif membantu mahasiswa yang mempunyai kekangan dari segi kewangan.

Sementara itu , Timbalan Pendaftar Kanan, Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), Puan Maskana Ahmad berkata program seumpama itu merupakan salah satu cara universiti membantu mahasiswa golongan B40 selepas menunaikan Solat Jumaat sempena selesai minggu peperiksaan akhir diploma.-SM

Baca : Dasar Gaji Progresif pastikan pengagihan gaji lebih seimbang – PM

(Visited 127 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button