fbpx
Nasional

Penduduk desak pindah tapak pelupusan sampah

Lebih 20,000 penduduk di sini mendesak pihak kerajaan negeri agar segera menutup dan memindahkan kawasan tapak pelupusan sampah di Semeling di Merbok, Kedah, susulan isu pencemaran yang berlaku di kawasan berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Dawai, Hanif Ghazali berkata, langkah penutupan dan memindah tapak pelupusan sampah itu perlu dilakukan memandangkan kawasan tersebut sudah tidak sesuai kerana berdekatan dengan kawasan perumahan dan sebuah universiti.

Menurutnya, penduduk di tinggal di kawasan berdekatan sebelum ini mendakwa kesihatan mereka terancam berikutan kualiti udara yang tercemar akibat pembakaran sampah termasuk sisa plastik.

“Saya akan membawa isu ini ke persidangan Dewan Undangan Negeri tidak lama lagi untuk memastikan kerajaan negeri mengambil tindakan tersebut dengan segera,” Katanya ketika ditemui selepas meninjanu pemadaman kebakaran di kawasan tapak pelupusan sampah di Semeling.


 

Turut hadir pada tinjauan tersebut Pesuruhjaya Pas kedah, Ahmad Yahaya dan Penasihat Persatuan Tindakan Alam Sekitar Sungai Petani, Dr. Tneoh Shen Jen.

Dalam pada itu, beliau melahirkan kebimbangan berlaku gangguan bekalan elektrik di kawasan utara Semenanjung apabila talian elektrik yang merentasi kawasan pelupusan itu mengalami kerosakan akibat kebakaran di kawasan terbabit.

“Berdasarkan maklumat yang kita perolehi daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB), sebanyak 70 peratus kawasan di negeri ini dan Perlis akan bergelap sekiranya kejadian tersebut berlaku,” jelasnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Dr. Shen Jen menyelar tindakan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang gagal mengawal selia proses pelupusan sampah di kawasan terbabit hingga menyukarkan proses pemadaman kebakaran.

Penasihat Persatuan Tindakan Alam Sekitar, Dr Tneoh Shen Jen

“Saya mendapati pihak pengurusan tapak pelupusan sampah tersebut tidak mematuhi prosedur yang digariskan bagi mengelakkan kebakaran dan pencemaran.

“Pihak Bomba dan Penyelamat menghadapi kesukaran memadam kebakaran bukan sahaja di permukaan malah hingga 6 meter kedalam tapak tersebut.

“Masalah ini berlaku kerana sampah tidak ditambun dengan lapisan tanah atau pasir sejak daripada awal,” jelasnya.

Media baru-baru ini melaporkan penduduk berhampiran Tapak Pelupusan Sampah Semeling khuatir terpaksa berdepan risiko masalah kesihatan berikutan kawasan itu yang terbakar sejak bulan lalu masih mengeluarkan asap tebal yang berbau busuk.

Show More

Related Articles

Back to top button