NasionalNegeriRibut

Bumbung SK Ujong Batu rosak diterbangkan angin ribut

KEJADIAN ribut melanda Perlis pada kira-kira pukul 2.30 petang ini menerbangkan bumbung utama Sekolah Kebangsaan (SK) Ujong Batu, Jalan Mengkuang Layar, di Kangar.

Bagaimanapun tiada sebarang kemalangan melibatkan pelajar sekolah ini kira-kira 200 orang termasuk pra sekolah serta guru kerana kebetulan berlaku pada hari cuti.

Pengarah Pendidikan Negeri, Naharudeen Othman mengumumkan para pelajar dan guru sekolah ini diberikan cuti selama dua hari iaitu 17 dan 18 April.

Naharudeen (tengah) melihat bumbung SK Ujong Batu rosak kena angin ribut.

“Kita memberikan cuti selama dua hari ini atas sebab keselamatan,” katanya.

Beliau berkata, setakat ini tidak dapat dimaklumkan berapa jumlah kerugian.

“Pelajar akan ditempatkan di bilik darjah sementara kerana kerja membaik pulih akan dilakukan secepat mungkin,” katanya ketika melakukan lawatan ke tempat kejadian pada petang ini.

Sementara itu dalam siaran media Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, terdapat 23 kes kerosakan telah dilaporkan setakat 6 petang tadi melibatkan kediaman, bangunan sekolah, premis perniagaan dan gerai penjaja terutama yang sedang menjalankan perniagaan di bazar-bazar Ramadan di Kangar dan Arau akibat kejadian ribut.

Naharudeen melhat bilik darjah yang terlibat dalam kejadian bumbung sekolah diterbangkan ribut.

Pada masa ini pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis (JKM) dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPS) sedang giat mengumpulkan maklumat mangsa-mangsa yang terlibat bagi tujuan penyaluran bantuan.

Pihak JKM dan MAIPs juga menerima laporan daripada pemimpin masyarakat, Amil dan Imam di setiap kariah dan juga daripada mangsa-mangsa yang terlibat berkenaan kerosakan yang dialami susulan kejadian ribut petang tadi.

Pihak JKM akan menyalurkan bantuan kepada semua mangsa terlibat khususnya bagi membaiki kerosakan kediaman masing-masing berdasarkan kepada garis panduan sedia ada manakala pihak MAIPs akan memberi bantuan bagi kerosakan besar.

Bagi penjaja dan peniaga yang terlibat dengan kejadian ini, mereka boleh mengemukakan laporan kepada pihak Majlis Perbandaran Kangar (MPK) bagi tujuan pengesahan dan cadangan bantuan. – SM

BACA Raja Muda Perlis ucap takziah kepada mangsa ribut

BACA 149 rumah dipukul angin ribut di Perlis

(Visited 281 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button