Nasional

Agong jalani rawatan sakit kaki

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kini sedang menerima rawatan dan dalam pemerhatian pakar di sebuah hospital di sini selepas mengadu sakit di kaki.

Pengawal Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin bagaimanapun berkata keadaan kesihatan baginda secara umumnya baik dan tidak membimbangkan.

Sehubungan itu, katanya semua program membabitkan Yang di-Pertuan Agong ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.

“Baginda dijangka pulang ke Istana Negara tidak lama lagi selepas selesai menjalani rawatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahmad Fadil berkata orang ramai diminta mendoakan agar Yang di-Pertuan Agong dikurniakan kesembuhan yang cepat dan kesihatan yang berterusan.

(Visited 297 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button